• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Elvis Priestly Atasi Trauma, Bantu Sarawak Raih Emas Terjun SUKMA
21 August 2026 | 11:03 AM

Elvis Priestly Atasi Trauma, Bantu Sarawak Raih Emas Terjun SUKMA

SHAH ALAM - Penerjun Sarawak, Elvis Priestly Clement menunjukkan perkembangan positif dalam usaha mengatasi trauma di platform 10 meter (m) apabila bergandingan dengan Jared Aiden Harold untuk meraih pingat emas acara platform seirama lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor, semalam.

Gandingan Sarawak itu mengumpul 330.51 mata untuk muncul juara, mengatasi pasangan tuan rumah Selangor, Haziq Muizzudin-Arfa Zikry yang meraih 305.28 mata.

Pingat gangsa menjadi milik pasangan Sabah, Anilrian Normatrud Abdullah-Ayron Shadwaz dengan 288.78 mata.

Bagi Elvis, kejayaan itu cukup bermakna selepas dia mengakui masih berusaha memulihkan keyakinan susulan kecederaan belakang yang dialaminya ketika melakukan percubaan terjunan baharu sebelum ini.

"Setakat ini kecederaan itu sudah pulih dan saya berasa baik tetapi trauma itu masih ada setiap kali perlu terjun dari platform 10m. Saya sedang berusaha keras untuk mengatasinya," katanya.

Pingat emas berkenaan hadir tepat pada masanya buat Elvis selepas dia gagal mempertahankan gelaran acara papan anjal 3m semalam.

Lebih menarik, Elvis dan Jared hanya mempunyai kira-kira seminggu untuk menyelaraskan terjunan mereka sebelum saingan SUKMA, berikutan Jared yang banyak menghabiskan masa di kem latihan.

"Saya berada di luar selama kira-kira sebulan, jadi persiapan kami agak terganggu.

"Kami hanya mempunyai lebih kurang seminggu untuk menyelaraskan terjunan sebelum SUKMA. Sejujurnya kami tidak menjangkakan kemenangan kerana pasangan lain juga sangat kuat," kata Jared.

Elvis mengakui persembahan mereka masih belum mencapai tahap terbaik, namun tetap berpuas hati dapat membantu Sarawak meraih emas sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi Sukan Asia.

Penerjun itu dijangka bergandingan dengan Enrique Maccartney Harold dalam acara sama pada temasya berkenaan.

"SUKMA adalah sebahagian daripada persiapan saya ke Sukan Asia.

"Saya dan Enrique sudah meningkatkan tahap kesukaran beberapa terjunan. Tetapi tahap kesukaran sahaja tidak mencukupi untuk menyaingi China. Perkara paling penting ialah kami perlu konsisten dan kekal fokus," katanya.

Sementara itu, pasangan Sarawak, Awang Sharzan Nasrin-Dayang Nursharzyra muncul juara acara papan anjal seirama campuran 3m selepas mengumpul 235.32 mata.

Pasangan Wilayah Persekutuan, Yong Rui Jie-Teng Hui Xue meraih pingat perak dengan 224.13 mata, manakala gangsa menjadi milik Aerial Rizqi-Uzlifatil Jannah Ashraf yang mengumpul 216.36 mata.

Uzlifatil kemudian menambah koleksi emasnya apabila menjuarai acara papan anjal 1m wanita dengan 216.30 mata.

Penerjun Sarawak, Mya Yumna Schakeera meraih perak dengan 210.60 mata, manakala Dayang Nursharzyra melengkapkan podium dengan pingat gangsa selepas mengumpul 209.15 mata.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok