• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Remaja Palangka Raya Padam Kebakaran Hutan Dengan Kostum Superman
20 August 2026 | 11:14 AM

Remaja Palangka Raya Padam Kebakaran Hutan Dengan Kostum Superman

JAKARTA - Aksi spontan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun memadamkan kebakaran hutan dan lahan dengan mengenakan kostum Superman mencuri perhatian dan tular di media sosial.

Remaja dari Kota Palangka Raya, Kalimantan Tengah itu, Rudiansyah, merupakan pelajar Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri 10 Palangka Raya. Dia menyertai operasi memadamkan kebakaran selepas pulang dari sekolah apabila api dikesan semakin merebak berhampiran kediamannya di Jalan Petuk Katimpun, Jekan Raya.

Menurut Rudiansyah, kebimbangan terhadap keselamatan rumahnya mendorong dia untuk turun padang membantu memadamkan kebakaran.

“Saya bimbang melihat kebakaran tanah yang semakin menghampiri rumah. Oleh itu, sekembalinya dari sekolah, saya terus meluangkan masa untuk membantu memadamkan api,” katanya.

Rudiansyah, anak ketiga daripada empat beradik, berkata kostum Superman yang dipakainya bukanlah sebahagian daripada sebarang kempen atau operasi rasmi, sebaliknya sekadar untuk suka-suka.

Katanya, kostum berkenaan dibeli pada Februari lalu untuk digunakan ketika menyertai acara larian maraton, namun tidak pernah dipakainya sebelum ini.

“Memakai kostum ini sekadar suka-suka. Kostum ini dibeli sejak Februari 2026 untuk menyertai kejohanan larian maraton, tetapi tidak digunakan,” jelasnya.

Rudiansyah menegaskan tindakannya memadamkan kebakaran itu dilakukan secara spontan selepas menyedari kediamannya berada sangat hampir dengan kawasan yang terbakar.

Aksi remaja berkenaan yang tampil dalam kostum Superman ketika membantu memadamkan api kemudiannya dirakam dan dikongsi di media sosial, sekali gus mencuri perhatian orang ramai.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok