• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Al Hilal Tawar RM211 Juta Untuk Watkins, Intai Kane
19 August 2026 | 11:44 AM

Al Hilal Tawar RM211 Juta Untuk Watkins, Intai Kane

LONDON - Al Hilal mengemukakan tawaran bernilai £38.5 juta (RM211 juta) untuk mendapatkan penyerang Aston Villa, Ollie Watkins ketika kelab Arab Saudi itu terus memburu penyerang berprofil tinggi bagi memperkuatkan skuad musim ini.

Al Hilal sebelum ini dilaporkan berminat mendapatkan pemain sayap Chelsea, Pedro Neto, namun kini memberi tumpuan kepada Watkins yang menjadi antara sasaran utama mereka.

Penyerang England berusia 30 tahun itu sememangnya sering dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Villa Park sejak beberapa musim lalu.

Bagaimanapun, Aston Villa tidak bercadang untuk melepaskan Watkins meskipun Al Hilal sudah mengemukakan tawaran rasmi yang setakat ini belum ditolak.

Watkins tampil cemerlang musim lalu apabila meledak 21 gol, sekali gus terus menjadi tonggak penting skuad kendalian kelab Midlands itu.

Selain Watkins, Al Hilal turut menyasarkan seorang lagi penyerang England berprofil tinggi, Harry Kane.

Kane, 33, menjadi buruan beberapa kelab utama Eropah pada musim panas ini, termasuk Barcelona, Inter Milan dan AC Milan. Namun, Bayern Munich dilaporkan sedang berusaha menawarkan kontrak baharu kepada kapten England itu.

Pegawai Al Hilal sudah mengadakan pertemuan dengan wakil Kane, tetapi perpindahan ke Arab Saudi dilihat sukar direalisasikan pada musim panas ini.

Kane menikmati musim luar biasa apabila menjaringkan 73 gol untuk kelab dan negara, sekali gus menjadikannya antara calon utama bagi anugerah Ballon d'Or tahun ini.

Bekas penyerang Tottenham Hotspur itu juga dilaporkan selesa berada di Munich, manakala Bayern yakin dapat mencapai persetujuan mengenai kontrak baharu.

Kontrak Kane bersama Bayern akan tamat pada penghujung musim ini dan tawaran baharu berkenaan dijangka merangkumi lanjutan selama dua tahun.

Sejak menyertai Bayern, Kane sudah memenangi dua gelaran Bundesliga dan satu Piala Jerman, selain muncul penjaring terbanyak Bundesliga dalam tiga musim terakhir.

Bagaimanapun, Bayern sekali lagi gagal menjulang trofi Liga Juara-Juara musim lalu selepas tersingkir kepada Paris Saint-Germain di peringkat separuh akhir.

Al Hilal yang kini dikendalikan bekas jurulatih Inter Milan, Simone Inzaghi, turut memperkuatkan skuad dengan beberapa nama besar.

Mereka sudah mendapatkan Crysensio Summerville dari West Ham dengan nilai sekitar RM329 juta, selain memiliki barisan bintang seperti Ruben Neves, Darwin Nunez, Theo Hernandez dan Karim Benzema.

Jika berjaya mendapatkan Watkins atau Kane, Al Hilal bakal menambah lagi kekuatan barisan serangan mereka dalam usaha mencabar di pentas domestik dan antarabangsa.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok