• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Wanita China Ditahan Selepas Cetus Kekecohan di KLIA
19 August 2026 | 11:25 AM

Wanita China Ditahan Selepas Cetus Kekecohan di KLIA

SEPANG - Seorang wanita warga China ditahan selepas dipercayai mencetuskan kekecohan dengan bertindak agresif, termasuk menjerit, berlari, menyanyi dan menari di kawasan Balai Perlepasan Antarabangsa, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, siasatan awal mendapati wanita berusia 27 tahun itu disyaki mengalami gangguan mental dan tidak berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada rakan wanita terbabit, suspek dipercayai terlupa mengambil ubat sebelum insiden berlaku.

“Suspek kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Kajang selepas ditempatkan di wad psikiatrik untuk pemantauan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ravi berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.19 petang semalam ketika wanita berkenaan sedang menunggu penerbangan pulang ke China selepas melancong di Malaysia bersama rakannya sejak 6 Ogos lalu.

Katanya, pihak keselamatan terminal yang menerima aduan mengenai kejadian itu segera ke lokasi bagi mengawal keadaan sebelum membawa wanita terbabit ke Balai Polis Terminal 1 KLIA untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan warga China yang dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke negara asalnya pada hari kejadian,” katanya.

Beliau berkata, pihak Kedutaan China turut dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan bagi membantu urusan selanjutnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok