• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kuartet 4x100m Wanita Sarawak Cipta Sejarah Raih Emas Pertama SUKMA
18 August 2026 | 11:04 AM

Kuartet 4x100m Wanita Sarawak Cipta Sejarah Raih Emas Pertama SUKMA

SERDANG - Kuartet 4x100 meter (m) wanita Sarawak mencipta sejarah apabila meraih pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, dalam perlumbaan dramatik yang pada awalnya disangka mereka dimenangi Terengganu.

Pelari terakhir Sarawak, Ormilla Octavia Codday Nyadau, berkata mereka menyangka sekadar meraih perak selepas kuartet Terengganu meraikan kejayaan sebaik melintasi garisan penamat.

Bagaimanapun, keputusan rasmi pada papan elektronik mengubah keadaan apabila Sarawak diumumkan sebagai juara dengan catatan 46.89 saat (s).

Kejayaan itu sekali gus menghadiahkan emas pertama Sarawak dalam acara 4x100m wanita sejak SUKMA diperkenalkan pada 1986.

"Kami tidak sangka dapat menang kerana sasaran hanya mahu buat yang terbaik untuk Sarawak dan memperbaharui rekod peribadi pasukan.

"Kami ingat Terengganu yang menang, jadi apabila nama Sarawak dipaparkan di skrin, kami sangat gembira dan bangga kerana dapat mencipta sejarah untuk negeri," katanya selepas perlumbaan.

Kuartet Sarawak yang turut dibarisi Danea Humairah Sharyman Sufry, Alvinia Aivie Jackly dan Syarifah Nur Alisya Syed Zafrina menewaskan Terengganu yang meraih perak dengan catatan 46.94s.

Pingat gangsa menjadi milik Johor selepas kuartet negeri itu mencatat 47.24s.

Lebih membanggakan, kejayaan tersebut hadir walaupun kuartet Sarawak hanya sempat menjalani latihan bersama selama seminggu sebelum temasya berlangsung.

Malah, latihan mereka turut terjejas akibat jerebu di Kuching sehingga mereka terpaksa memakai pelitup muka ketika menjalani persiapan.

Ormilla berkata keadaan itu menyebabkan mereka tidak dapat berlatih secara optimum, termasuk dirinya yang masih berada di sekolah ketika rakan sepasukan menjalani latihan.

"Kami tidak banyak berlatih bersama kerana saya berada di sekolah dan mereka yang lain terpaksa berlatih tanpa saya. Keadaan jerebu juga menyebabkan kami tidak dapat menjalani latihan seperti biasa," katanya.

Pada SUKMA Sarawak 2024, kuartet wanita Sarawak sekadar meraih pingat gangsa dalam acara sama.

Menurut Ormilla, sasaran pasukan kali ini bukanlah emas, sebaliknya hanya mahu memperbaiki catatan terbaik mereka, manakala podium dianggap sebagai bonus.

"Kami tidak sasarkan emas, cuma mahu buat catatan terbaik. Syukur kami berjaya," katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok