• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jerebu: Semua Kawasan Di Sarawak Catat IPU Sederhana Pagi Ini
18 August 2026 | 10:45 AM

Jerebu: Semua Kawasan Di Sarawak Catat IPU Sederhana Pagi Ini

KUCHING, 18 Ogos – Semua 18 stesen pemantauan kualiti udara di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat 8 pagi ini.

Berdasarkan data pemantauan pada Isnin, bacaan tertinggi direkodkan di IPD Serian dengan 96, diikuti Sri Aman (92) dan Kuching (81).

Samarahan pula mencatat bacaan 77, Lubok Antu (75), Bintulu (74), Lundu (72), Tebedu (70), Sarikei dan Sibu masing-masing 69 serta Mukah (68).

Sementara itu, Samalaju merekodkan bacaan 64, ILP Miri (60), manakala Miri, Lawas dan Bario masing-masing mencatat 58.

Kapit dan Limbang pula masing-masing merekodkan bacaan 53.

Kesemua kawasan berkenaan berada dalam kategori sederhana, iaitu bacaan IPU antara 51 hingga 100.

Bacaan IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemar yang paling dominan.

Orang ramai dinasihatkan supaya terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa serta mengutamakan kesihatan diri dan keluarga.

Sumber: NREB Sarawak

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok