• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Arteta Tidak Janji Arsenal Tambah Pemain Sebelum Jendela Perpindahan Ditutup
13 August 2026 | 10:39 AM

Arteta Tidak Janji Arsenal Tambah Pemain Sebelum Jendela Perpindahan Ditutup

LONDON - Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mengakui beliau tidak dapat menjanjikan kelab itu akan mendapatkan lebih ramai pemain sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup, sambil menegaskan hanya segelintir pemain di pasaran ketika ini mampu meningkatkan kualiti skuadnya.

Arsenal menamatkan aksi pramusim dengan kemenangan menerusi penentuan penalti ke atas Como selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan di Emirates Stadium, hari ini.

Perlawanan itu turut menyaksikan Bruno Guimaraes membuat penampilan sulung bersama Arsenal selepas menyertai kelab London berkenaan daripada Newcastle United dengan nilai perpindahan £75 juta (RM413.48 juta).

Pemain baharu bernilai £34 juta (RM187.44 juta), Christos Tzolis, turut diberikan lebih banyak masa permainan sebagai persiapan menghadapi musim baharu.

Bagaimanapun, Arsenal masih berusaha memperkukuh skuad, terutama di bahagian pertahanan susulan kecederaan William Saliba, selain mahu menambah pilihan di jentera serangan.

Keperluan memperkuatkan barisan serangan semakin penting selepas Arsenal gagal mendapatkan Vinicius Junior, yang memilih untuk melanjutkan kontraknya bersama Real Madrid awal bulan ini.

Arteta bagaimanapun mengakui usaha mendapatkan pemain baharu pada penghujung jendela perpindahan bukan tugas mudah kerana banyak faktor berada di luar kawalan kelab.

"Ada lagi yang kami mahu lakukan kerana setiap kali ada peluang untuk meningkatkan skuad serta menambah kualiti dan kedalaman, kami perlu melakukannya.

"Kami sedang berusaha secara aktif untuk berbuat demikian. Tetapi dalam pasaran perpindahan, semuanya tidak hanya bergantung kepada anda dan kami sangat jelas mengenai perkara itu.

"Pendekatan, kemahuan dan keinginan kelab memang tidak boleh dipersoalkan dan kami mahu mencuba.

"Tetapi kami tidak boleh menjanjikan ia akan berlaku kerana sekali lagi, ia bukan hanya bergantung kepada kami.

"Untuk meningkatkan skuad, hanya ada segelintir pemain di pasaran yang tersedia dan mampu membawa perubahan kepada kelab.

"Namun, kami tetap berusaha secara aktif untuk memperbaikinya dan akan terus mencuba," katanya.

Sementara itu, Arteta enggan mengulas mengenai spekulasi masa depan pemain muda Arsenal, Myles Lewis-Skelly, yang dilaporkan menarik minat Chelsea dan Manchester United minggu ini.

Lewis-Skelly menjaringkan gol Arsenal pada separuh masa pertama ketika menentang Como sebelum meraikannya dengan membentuk simbol hati menggunakan kedua-dua tangannya di hadapan penyokong di Emirates.

"Saya tidak akan bercakap mengenai sebarang spekulasi. Jika ada spekulasi mengenai pemain kami, itu petanda yang baik.

"Ia bermakna kami mendapat perhatian dan mereka melakukan tugas dengan baik," kata Arteta.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok