• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Chelsea Tetapkan Tarikh Akhir, City Perlu Bayar £120 Juta Untuk Fernandez
13 August 2026 | 10:17 AM

Chelsea Tetapkan Tarikh Akhir, City Perlu Bayar £120 Juta Untuk Fernandez

LONDON - Chelsea memberi Manchester City tempoh sehingga jam 5 petang esok (waktu tempatan) untuk menyelesaikan perpindahan Enzo Fernandez dengan nilai £120 juta (RM661.57 juta), atau pemain tengah Argentina itu akan kekal di Stamford Bridge.

Chelsea dilaporkan sudah memaklumkan pendirian berkenaan kepada City, sekali gus menetapkan tarikh akhir jelas bagi kelab juara Liga Perdana Inggeris itu mendapatkan khidmat pemain berusia 25 tahun terbabit.

Fernandez sebelum ini dilaporkan mahu meninggalkan Chelsea sejak Mac lalu dan pernah dikaitkan dengan gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Minat City terhadap pemain tengah itu turut didorong pengendali mereka, Enzo Maresca, yang pernah membimbing Chelsea sebelum ini. City kini sedang mencari pengganti sekiranya pemain tengah Sepanyol, Rodri, meninggalkan Etihad.

Rodri dilaporkan berminat untuk menyertai Barcelona, namun City sudah menolak tawaran awal £55 juta (RM303.22 juta) daripada kelab Catalan itu.

City meletakkan harga £70 juta (RM385.91 juta) untuk Rodri, walaupun terdapat spekulasi mereka mungkin bersedia berunding sekiranya menerima tawaran melebihi £60 juta (RM330.78 juta), terutama dengan kontraknya yang berbaki kurang setahun.

Keadaan itu berpotensi memberi kelebihan kepada Barcelona dalam rundingan, selain meningkatkan tekanan terhadap City untuk mendapatkan pengganti Rodri dalam tempoh singkat.

Chelsea bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menurunkan harga Fernandez dan hanya bersedia melepaskan pemain berkenaan sekiranya tuntutan £120 juta dipenuhi sebelum tarikh akhir ditetapkan.

Kegagalan City mencapai persetujuan sebelum jam 5 petang esok akan menyaksikan Fernandez kekal bersama Chelsea.

Fernandez sebelum ini turut mengkritik keputusan Chelsea memecat Maresca dalam satu temu bual ketika menjalani tugasan antarabangsa pada Mac lalu.

Pengendali baharu Chelsea, Xabi Alonso, pula mahu Fernandez terus kekal di Stamford Bridge. Namun, pihak pengurusan kelab sudah meneroka beberapa pilihan sekiranya perpindahan itu berlaku.

Antara pemain yang dikaitkan ialah pemain tengah Bournemouth, Alex Scott, selepas tawaran £64 juta (RM352.84 juta) untuk mendapatkan pemain England itu sebelum ini ditolak.

Chelsea belum mengemukakan tawaran baharu untuk Scott, namun minat terhadap pemain berkenaan masih ada.

Dalam perkembangan lain, City turut meneroka kemungkinan mendapatkan pertahanan Chelsea, Malo Gusto.

Chelsea dilihat terbuka untuk menjual pemain pertahanan itu selepas ketibaan Marco Palestra dari Atalanta, namun meletakkan tanda harga £75 juta (RM413.48 juta) untuk Gusto.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok