• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Aliff Rakib Sedia Berdepan Prajanchai, Impi Aksi Gelaran Di Malaysia
12 August 2026 | 10:55 AM

Aliff Rakib Sedia Berdepan Prajanchai, Impi Aksi Gelaran Di Malaysia

RANTAU PANJANG - Juara dunia interim ONE Strawweight Muay Thai, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, menyimpan impian untuk membawa pertarungan penyatuan gelaran menentang juara sebenar, Prajanchai P.K. Saenchai, ke Malaysia pada Oktober depan.

Petarung berusia 22 tahun yang lebih dikenali sebagai Aliff Rakib itu percaya aksi di laman sendiri mampu memberikan suntikan semangat, selain memberi tekanan kepada jaguh Thailand berkenaan.

Beliau turut berharap kerajaan dapat membantu merealisasikan pertarungan yang bakal menentukan juara dunia sebenar itu di Malaysia, berbanding Bangkok, Thailand.

“Kalau boleh, saya memang mahu perlawanan dengan Prajanchai dibuat di Malaysia. Saya percaya sokongan padu penyokong tempatan akan memberikan semangat kepada saya dan pada masa sama mungkin membuatkan dia (Prajanchai) berasa lebih gentar,” katanya.

Menurut Aliff Rakib, sokongan penyokong Malaysia tetap dirasai ketika beliau beraksi di Bangkok sebelum ini apabila ramai peminat tempatan sanggup hadir ke venue bagi memberikan sokongan.

Katanya, sokongan itu sudah pasti lebih hebat sekiranya pertarungan penyatuan gelaran berkenaan dapat diadakan di Malaysia.

Aliff Rakib sebelum ini mencipta kejutan apabila menumbangkan jaguh Muay Thai Thailand, Sam-A Gaiyanghadao, menerusi kemenangan knockout (KO) pada pusingan kelima dalam aksi utama ONE Championship di Stadium Lumpinee, Bangkok.

Kemenangan tersebut bukan sahaja melonjakkan namanya di pentas antarabangsa, malah membolehkannya dinobatkan sebagai juara dunia interim ONE Strawweight Muay Thai.

Bagaimanapun, Aliff Rakib berkata beliau belum memulakan persiapan khusus untuk pertarungan yang dijangka berlangsung pada Oktober itu kerana mahu memberikan tubuhnya masa untuk berehat selepas aksi terdahulu.

“Saya berehat dulu untuk seketika. Dalam beberapa hari lagi saya akan mula berlatih lebih kuat daripada sebelum ini,” katanya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok