• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

SUKMA 2026: Sarawak Sasar 75 Emas, Pertahan Kejuaraan
11 August 2026 | 11:25 AM

SUKMA 2026: Sarawak Sasar 75 Emas, Pertahan Kejuaraan

KUCHING, 10 Ogos (Bernama) - Sarawak menyasarkan sekurang-kurangnya 75 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang bakal berlangsung di Selangor, sekali gus meletakkan sasaran mempertahankan gelaran juara keseluruhan temasya itu.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sasaran berkenaan dibuat berdasarkan analisis terhadap keupayaan kontinjen negeri itu dan jumlah tersebut diyakini mampu membawa Sarawak meraih kejuaraan.

“Kita telah membuat analisis dan kalau dapat 75 pingat emas, insya-Allah kita boleh menjadi juara. Kalau dapat lebih daripada itu, lagi bagus.

“Tiada sasaran emas ditetapkan secara khusus mengikut jenis sukan… saya berharap setiap sukan disertai kontinjen Sarawak mampu menyumbang pingat emas, termasuk daripada acara tidak dijangka (untuk sumbang emas),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sarawak sempena SUKMA 2026 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata kerajaan negeri akan meneliti pemberian insentif kepada atlet yang meraih emas selepas temasya berkenaan selesai, dengan jumlahnya masih belum diputuskan.

Pada SUKMA 2024, Sarawak selaku tuan rumah meraih 76 pingat emas, 55 perak dan 70 gangsa.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok