• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Mayat Pendaki Keturunan Nepal-Britain Nirmal Purja Ditemukan Di Puncak Gunung Pakistan
03 August 2026 | 12:22 PM

Mayat Pendaki Keturunan Nepal-Britain Nirmal Purja Ditemukan Di Puncak Gunung Pakistan

ISLAMABAD, 2 Ogos (Bernama-dpa) - Pasukan penyelamat menemukan mayat pendaki gunung terkenal, Nirmal Purja, ketika menyisir kawasan tanah runtuh dan salji yang mengorbankan kesemua 10 ahli ekspedisi di Gunung Broad Peak, Pakistan, menurut pihak berkuasa pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Pasukan penyelamat darat telah menemui mayat Nirmal Purja, atau lebih dikenali sebagai 'Nims Dai', pada ketinggian kira-kira 5,700 meter di Broad Peak," kata jurucakap Kelab Alp Pakistan, Niala Kiani.

Kiani berkata setakat ini mayat tujuh pendaki telah ditemukan.

Beliau berkata baki mayat tiga lagi pendaki – Wang Zhong, Nima Sherpa dan Kili Pemba Sherpa "Kilu" - turut berjaya dikesan.

Proses membawa turun semua mayat dijalankan dalam keadaan yang amat mencabar, katanya.

Purja mengetuai ekspedisi 10 ahli yang terdiri daripada enam lelaki dari Nepal, seorang wanita warga Amerika Syarikat, seorang pendaki wanita warga Oman, seorang warga China dan seorang warga Pakistan apabila mereka dihanyutkan oleh runtuhan salji dan terputus hubungan dengan stesen pangkalan pada pagi Khamis semasa cuba mendaki Broad Peak, setinggi 8,047 meter.

Runtuhan salji berkenaan melanda kumpulan ekspedisi itu semasa berada pada ketinggian melebihi 6,000 meter.

Pasukan penyelamat darat dengan 10 anggota, terdiri daripada pendaki berpengalaman dari Pakistan dan Nepal, terlibat dalam usaha pencarian dan membawa keluar mangsa.

Pakistan menempatkan lima daripada 14 puncak tertinggi di dunia yang melebihi ketinggian 8,000 meter, iaitu K2, Nanga Parbat, Gasherbrum I, Broad Peak dan Gasherbrum II.

Broad Peak, yang merupakan gunung ke-12 tertinggi di dunia, terletak dalam Banjaran Karakoram di utara Pakistan.

Ratusan pendaki berhasrat mendaki puncak berkenaan setiap tahun, bersama-sama K2 iaitu puncak kedua tertinggi di dunia yang terletak di rantau yang sama.

Kemalangan pendakian adalah perkara biasa di puncak-puncak gunung di Pakistan, dan kekerapannya semakin meningkat berpunca daripada perubahan iklim, menurut pakar pendakian.

Sumber: BERNAMA-dpa

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok