• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

FIFA Siasat Argentina, Beberapa Pemain Berdepan Tindakan Tatatertib
30 July 2026 | 01:16 PM

FIFA Siasat Argentina, Beberapa Pemain Berdepan Tindakan Tatatertib

ZURICH - FIFA membuka prosiding tatatertib terhadap Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) serta beberapa pemain negara itu susulan beberapa dakwaan pelanggaran yang berlaku sepanjang kempen Piala Dunia, termasuk tindakan mempamerkan sepanduk berkaitan tuntutan kedaulatan ke atas Kepulauan Falkland.

Siasatan itu dibuat selepas beberapa pemain Argentina mengangkat sepanduk bertulis "Las Malvinas Son Argentinas" (Kepulauan Falkland adalah milik Argentina) sejurus menewaskan England pada aksi separuh akhir di Atlanta.

Menurut FIFA, penggunaan acara sukan sebagai platform untuk menyampaikan mesej atau demonstrasi yang tidak berkaitan dengan sukan berkemungkinan melanggar Kod Tatatertib badan induk bola sepak dunia itu.

Ini bukan kali pertama Argentina berdepan tindakan sedemikian. Pada 2014, negara itu pernah dikenakan denda sebanyak 20,000 pound (RM108,600) selepas mempamerkan sepanduk yang sama sebelum aksi persahabatan menentang Slovenia.

Dalam masa sama, FIFA turut menyiasat beberapa dakwaan pelanggaran lain sepanjang kejohanan, termasuk laungan dan isyarat berunsur diskriminasi, kelewatan sepak mula, kegagalan mematuhi protokol keselamatan, paparan mesej yang tidak sesuai oleh pasukan serta penyokong, selain insiden penyokong membaling objek ke dalam padang.

Sementara itu, badan induk berkenaan turut membuka prosiding tatatertib terhadap beberapa pemain susulan kekecohan yang berlaku selepas perlawanan akhir di New Jersey yang menyaksikan Sepanyol menewaskan Argentina 1-0 menerusi masa tambahan.

Insiden tercetus sejurus wisel penamat apabila pemain tengah Argentina, Leandro Paredes, menolak Gavi sehingga terjatuh ketika pemain simpanan Sepanyol memasuki padang bagi meraikan kejayaan mereka.

Paredes kini berdepan tiga pertuduhan membabitkan serangan fizikal, manakala rakan sepasukannya, Nahuel Molina, dikenakan dua pertuduhan.

Molina, Thiago Almada, pegawai Argentina Roberto Ayala serta pemain Sepanyol, Gavi, turut berdepan satu pertuduhan masing-masing atas dakwaan berkelakuan tidak sportif.

"Selaras dengan Kod Tatatertib FIFA, semua pihak yang terbabit kini diberi peluang mengemukakan penjelasan sebelum Jawatankuasa Tatatertib FIFA membuat keputusan sewajarnya," menurut kenyataan FIFA.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok