• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Vincic Dipilih Adili Final Piala Dunia 2026, Rekod Bersama Argentina dan Sepanyol Jadi Tumpuan
17 July 2026 | 02:11 PM

Vincic Dipilih Adili Final Piala Dunia 2026, Rekod Bersama Argentina dan Sepanyol Jadi Tumpuan

NEW YORK - Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan pengadil dari Slovenia, Slavko Vincic, sebagai pengadil bagi aksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina di Stadium MetLife, awal pagi Isnin ini.

Pelantikan itu pantas mencuri perhatian peminat bola sepak apabila rekod pengadil berusia 46 tahun itu bersama kedua-dua finalis kembali menjadi bahan perbincangan menjelang perlawanan paling berprestij dunia itu.

Vincic, yang menerima lencana FIFA pada 2010, dianggap antara pengadil paling berpengalaman di Eropah dan kerap diberi tanggungjawab mengendalikan perlawanan berprofil tinggi.

Antara tugasan terbesarnya termasuk final Liga Europa 2022 antara Eintracht Frankfurt dan Rangers, serta final Liga Juara-Juara UEFA 2024 yang menyaksikan Real Madrid menewaskan Borussia Dortmund.

Beliau membuat penampilan sulung di pentas Piala Dunia pada edisi Qatar 2022 dengan mengadili dua perlawanan. Pada Piala Dunia 2026, Vincic sudah mengendalikan tiga aksi sebelum diberikan kepercayaan memimpin perlawanan akhir, menjadikan final kali ini sebagai perlawanan keenamnya di kejohanan berkenaan.

Sepanjang kariernya, Vincic lebih kerap mengadili perlawanan melibatkan Sepanyol, khususnya dalam kejohanan anjuran UEFA.

Beliau mula mengendalikan aksi La Roja ketika perlawanan persahabatan menentang Colombia pada 2017, diikuti perlawanan peringkat kumpulan Euro 2020 menentang Sweden dan separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA 2023 menentang Itali.

Menariknya, dua daripada perlawanan paling penting dalam karier awal bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal, turut dikendalikan Vincic ketika kempen Euro 2024.

Perlawanan tersebut ialah kemenangan 1-0 ke atas Itali di peringkat kumpulan dan kemenangan 2-1 ke atas Perancis pada separuh akhir, yang menyaksikan Yamal meledak gol penyamaan jarak jauh yang menjadi antara momen paling ikonik kejohanan itu.

Berbeza dengan Sepanyol, Vincic hanya pernah mengadili satu perlawanan membabitkan Argentina.

Ia berlaku pada aksi pembukaan Kumpulan C Piala Dunia 2022 di Qatar, ketika Argentina dikejutkan Arab Saudi 2-1 dalam keputusan yang menamatkan rekod 36 perlawanan tanpa kalah La Albiceleste.

Perlawanan itu kekal sebagai satu-satunya aksi Argentina yang dikendalikan Vincic, selain menjadi satu-satunya kekalahan pasukan itu di bawah pengadil berkenaan.

Dalam perlawanan tersebut, Vincic menghadiahkan sepakan penalti kepada Argentina seawal minit ketujuh selepas Leandro Paredes dijatuhkan ketika situasi sepakan penjuru, keputusan yang mengundang perdebatan. Lionel Messi kemudian menyempurnakan sepakan itu untuk meletakkan Argentina di hadapan.

Sepanjang 90 minit perlawanan, Vincic turut melayangkan enam kad kuning kepada pemain Arab Saudi, manakala tiada seorang pun pemain Argentina dikenakan tindakan disiplin.

Dengan rekod unik bersama kedua-dua finalis, segala keputusan Vincic dijangka menjadi tumpuan ketika beliau mengendalikan aksi penentuan juara dunia antara Sepanyol dan Argentina awal pagi Isnin ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok