• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo Kembali Aktif di Media Sosial, Peminat Rayu Teruskan Karier Hingga Piala Dunia 2030
10 July 2026 | 12:30 PM

Ronaldo Kembali Aktif di Media Sosial, Peminat Rayu Teruskan Karier Hingga Piala Dunia 2030

LISBON - Cristiano Ronaldo akhirnya memecahkan kesunyian di media sosial selepas beberapa hari mendiamkan diri susulan penyingkiran Portugal daripada saingan Piala Dunia FIFA 2026.

Kapten Portugal itu kembali memuat naik hantaran di akaun Instagram rasminya dengan berkongsi sekeping gambar menyarung jersi kebangsaan serta foto pelukan beramai-ramai bersama rakan sepasukan. Hantaran berkenaan disertakan kapsyen ringkas tetapi penuh makna: "Portugal, Sentiasa."

Perkongsian itu segera menjadi perhatian apabila dibanjiri ratusan ribu komen daripada peminat di seluruh dunia yang bukan sahaja memberikan kata-kata semangat, malah merayu agar legenda berusia 41 tahun itu tidak menamatkan karier antarabangsanya.

Portugal tersingkir di pusingan 16 terbaik selepas tewas 0-1 kepada Sepanyol di Stadium Dallas hasil jaringan lewat Mikel Merino pada minit ke-91.

Kekalahan itu menyaksikan Ronaldo meninggalkan padang dalam keadaan sebak, sekali gus mencetuskan andaian bahawa aksi tersebut merupakan penampilan terakhirnya di pentas Piala Dunia.

Majoriti penyokong berharap pemenang lima kali Ballon d'Or itu mempertimbangkan semula keputusan untuk bersara dan terus beraksi sehingga Piala Dunia 2030.

Harapan itu dilihat lebih bermakna memandangkan Portugal bakal menjadi tuan rumah bersama Sepanyol dan Maghribi bagi edisi bersejarah berkenaan.

"Anda wajib beraksi di EURO akan datang, tolonglah," tulis seorang peminat.

"Bertahanlah untuk satu lagi Piala Dunia. Saya mahu melihat anda di Piala Dunia 2030," kata seorang lagi pengikutnya.

Seorang lagi penyokong turut merayu: "Kapten, saya tahu kami akan melihat anda lagi di Piala Dunia akan datang. Jangan bersara dahulu."

Walaupun bakal berusia 45 tahun pada 2030, ramai percaya tahap disiplin, kecergasan dan komitmen Ronaldo mampu membolehkannya terus bersaing di peringkat tertinggi.

Namun sebelum perlawanan menentang Sepanyol, Ronaldo pernah mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 adalah kejohanan terakhirnya.

Beliau menutup tirai karier Piala Dunia dengan status sebagai penjaring terbanyak Portugal dalam sejarah kejohanan itu, selain mencipta rekod unik apabila menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam enam edisi Piala Dunia berturut-turut.

Sepanjang enam penampilannya, Ronaldo menjaringkan 11 gol iaitu satu gol pada edisi 2006, 2010, 2014 dan 2022, empat gol pada 2018 serta tiga gol pada Piala Dunia 2026.

Sehingga kini, masa depan Ronaldo bersama skuad kebangsaan masih menjadi tanda tanya. Sama ada beliau memilih untuk terus menyarung jersi Portugal atau mengakhiri karier antarabangsanya, sokongan peminat jelas menunjukkan mereka masih belum bersedia mengucapkan selamat tinggal kepada ikon bola sepak dunia itu.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok