• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Bekas Pengadil Piala Dunia Dakwa VAR 'Rampas' Peluang Mesir Tewaskan Argentina
08 July 2026 | 03:50 PM

Bekas Pengadil Piala Dunia Dakwa VAR 'Rampas' Peluang Mesir Tewaskan Argentina

MEXICO CITY - Bekas pengadil Piala Dunia, Fernando Guerrero, mendakwa Mesir menjadi mangsa kesilapan penggunaan Sistem Bantuan Pengadil Video (VAR) ketika tewas 2-3 kepada Argentina dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia, awal pagi tadi.

Perlawanan berkenaan terus mencetuskan kontroversi apabila beberapa keputusan pengadil dipersoalkan pemain dan barisan kejurulatihan Mesir, termasuk pembatalan jaringan yang berpotensi meletakkan pasukan itu mendahului 2-0.

Menerusi hantaran di platform X, Guerrero yang pernah bertugas pada Piala Dunia 2022 di Qatar menyifatkan keputusan membatalkan gol penyerang Mesir, Mostafa Zico, sebagai satu kesilapan yang dilakukan oleh pengadil dan pegawai VAR.

Menurutnya, tiada kekasaran dilakukan ke atas pemain Argentina yang boleh dijadikan alasan untuk membatalkan jaringan tersebut.

"Pengadil dan VAR melakukan kesilapan apabila membatalkan gol Zico.

"Walaupun mereka menganggap berlaku kekasaran, insiden itu tidak sepatutnya disemak sebagai sebahagian daripada Fasa Penguasaan Serangan (APP).

"Argentina mempunyai masa yang mencukupi, ruang yang luas dan barisan pertahanan mereka berada dalam kedudukan baik. Mereka juga memiliki tiga peluang untuk merampas semula bola, namun gagal berbuat demikian.

"Keputusan itu bertentangan dengan protokol VAR yang menetapkan campur tangan hanya boleh dilakukan jika wujud kesinambungan serangan yang jelas dan pasukan yang kehilangan bola tidak mempunyai peluang munasabah untuk menguasainya semula.

"Kesilapan pengadil dan VAR itu merugikan Mesir serta menyumbang kepada penyingkiran mereka," katanya.

Guerrero merupakan sebahagian daripada pasukan pegawai perlawanan pada final Piala Dunia 2022 di Qatar yang menyaksikan Argentina muncul juara dunia.

Dalam kejohanan itu, beliau bertugas sebagai pembantu VAR pada perlawanan akhir selain mengendalikan sistem VAR bagi beberapa aksi peringkat kumpulan, termasuk Denmark menentang Tunisia, Belgium menentang Maghribi dan Jepun menentang Sepanyol.

Beliau turut dilantik sebagai pembantu VAR dalam beberapa lagi perlawanan melibatkan Jerman menentang Jepun, Brazil menentang Switzerland, Tunisia menentang Perancis, Switzerland menentang Cameroon serta Wales menentang Iran.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok