• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Vinicius Jr dipuji kerana semangat kesukanan selepas Brazil tersingkir
06 July 2026 | 01:32 PM

Vinicius Jr dipuji kerana semangat kesukanan selepas Brazil tersingkir

EAST RUTHERFORD - Pemain sayap Brazil, Vinicius Jr, menerima pujian daripada peminat bola sepak di seluruh dunia selepas mempamerkan semangat kesukanan apabila mengucapkan tahniah kepada penyerang Norway, Erling Haaland, sejurus tamat perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia.

Brazil tersingkir daripada kejohanan selepas tewas 1-2 kepada Norway yang dibimbing oleh dua jaringan Haaland. Gol tunggal Brazil pula dijaringkan oleh Neymar menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.

Haaland yang dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan sedang ditemubual oleh pihak media selepas wisel penamat sebelum Vinicius tampil memeluk serta mengucapkan tahniah kepadanya.

Tindakan pemain Real Madrid itu mendapat perhatian ramai kerana beliau dilihat mengetepikan kekecewaan akibat kegagalan Brazil mara ke suku akhir demi menghormati pencapaian lawan.

Dua gol yang dijaringkan Haaland meletakkannya sebaris dengan Lionel Messi dan Kylian Mbappe dalam senarai penjaring terbanyak kejohanan dengan tujuh gol. Rekod jaringan antarabangsanya kini meningkat kepada 62 gol daripada 54 penampilan bersama Norway.

Brazil berpeluang mendahului perlawanan pada babak pertama, namun pemain tengah, Bruno Guimaraes, gagal menyempurnakan sepakan penalti sebelum Haaland memanfaatkan peluang untuk meledak dua gol buat Norway.

Kekalahan itu dijangka meningkatkan tekanan terhadap ketua jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti, yang masih belum mampu membawa skuad bertabur bintang itu melangkah lebih jauh dalam kejohanan.

Dalam pada itu, kemesraan antara Vinicius dan Haaland turut mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan kedua-dua pemain itu bergandingan bersama di Real Madrid pada masa hadapan.

Sebelum ini, bapa Haaland, Alf-Inge Haaland, ketika ditemu bual oleh DAZN tidak menolak kemungkinan anaknya menyertai kelab gergasi Sepanyol itu pada masa akan datang.

"Beliau gembira di Manchester City dan masih mempunyai kontrak jangka panjang. Namun, setiap pemain pasti mahu beraksi bersama Real Madrid. Dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku," katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok