• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo Sebak Kenang Diogo Jota, Portugal Mara ke Pusingan 16 Terbaik
03 July 2026 | 01:42 PM

Ronaldo Sebak Kenang Diogo Jota, Portugal Mara ke Pusingan 16 Terbaik

TORONTO - Cristiano Ronaldo tidak dapat menahan sebak ketika memberikan penghormatan penuh emosi kepada mendiang rakan sepasukannya, Diogo Jota, sebaik Portugal menewaskan Croatia 2-1 dalam aksi dramatik Piala Dunia di Stadium BMO, Toronto, awal pagi tadi.

Kapten Portugal itu mengalirkan air mata sambil menyarung jersi bernombor 21 milik Jota sebagai mengenang ulang tahun pertama pemergian bekas penyerang Liverpool berkenaan yang terkorban dalam nahas jalan raya di Sepanyol pada 3 Julai tahun lalu.

Portugal memastikan tempat ke pusingan 16 terbaik selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Croatia menerusi jaringan kemenangan Goncalo Ramos pada masa kecederaan.

Ronaldo, 41, sebelum itu menyamakan kedudukan buat Portugal menerusi sepakan penalti pada babak kedua sebelum digantikan pada minit ke-81. Dari bangku simpanan, beliau menyaksikan Ramos muncul wira pasukan apabila menanduk masuk gol kemenangan pada minit keempat masa kecederaan.

Croatia hampir mengheret perlawanan ke penentuan lain apabila Josko Gvardiol menjaringkan gol pada minit ke-103, namun jaringan itu dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan kedudukan ofsaid.

Sejurus tamat perlawanan, Ronaldo berjalan ke tengah padang sambil membawa jersi Portugal tertera nama Jota sebelum memakainya sebagai simbol penghormatan kepada mendiang.

Beliau kemudian mengetuai rakan sepasukan menghampiri penyokong, beberapa kali mengesat air mata dan menuding jari ke arah langit dalam suasana penuh emosi.

Ronaldo turut mengenakan jersi itu ketika menghadiri sidang media selepas perlawanan selepas diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

"Kami tahu apa makna tarikh hari ini kepada kami semua. Kami sudah berbincang mengenainya sebelum perlawanan bermula. Kemenangan ini adalah untuk Diogo, untuk kami dan seluruh Portugal.

"Kehidupan kadang-kadang penuh dengan kebetulan yang sukar dijelaskan. Kemenangan ini membawa makna yang sangat mendalam kepada kami," katanya.

Sebelum sepak mula, stadium turut memberikan penghormatan kepada Jota apabila gambarnya dipaparkan di skrin gergasi sebaik lagu kebangsaan Portugal selesai dimainkan.

Di penghujung majlis selepas perlawanan, Ronaldo sekali lagi mengumpulkan pemain dan barisan kejurulatihan di bulatan tengah sebelum menanggalkan jersi berkenaan dan mengangkatnya ke arah kamera bagi memperlihatkan nombor 21 milik Jota.

Selain membantu Portugal melangkah ke pusingan 16 terbaik, Ronaldo turut menambah koleksi jaringan peribadinya kepada 11 gol di pentas Piala Dunia. Portugal kini dijadual berdepan juara Eropah, Sepanyol, dalam perebutan tempat ke suku akhir di Dallas, Isnin ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok