• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Portugal Catat Kemenangan Dramatik Ke Atas Croatia, Mara Ke Pusingan 16 Piala Dunia
03 July 2026 | 12:55 PM

Portugal Catat Kemenangan Dramatik Ke Atas Croatia, Mara Ke Pusingan 16 Piala Dunia

TORONTO, 3 Julai (Bernama-dpa) - Gonçalo Ramos menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk membantu Portugal mencatat kemenangan dramatik 2-1 ke atas Croatia pada Khamis, sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan 16 Piala Dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Portugal akan menentang juara Eropah, Sepanyol, yang terlebih dahulu mara selepas menewaskan Austria 3-0.

Croatia membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi pemain veteran Ivan Perisic, yang merembat masuk gol pertama perlawanan.

Bagaimanapun, Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-68 untuk menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan kalah mati Piala Dunia, sekali gus menyamakan kedudukan buat Portugal.

Pada usia 41 tahun, Ronaldo turut menjadi pemain tertua menjaringkan gol dalam pusingan kalah mati Piala Dunia.

Croatia menyaksikan dua gol mereka dibatalkan pada babak kedua, masing-masing menerusi Nikola Vlasic pada minit ke-56 dan Petar Sucic pada minit ke-80.

Ronaldo juga mempunyai satu jaringan yang dibatalkan tidak lama sebelum beliau menyempurnakan sepakan penalti.

Perlawanan kelihatan bakal berlanjutan ke masa tambahan, namun Ramos muncul wira Portugal.

Rafael Leão melakukan hantaran ke dalam kotak penalti, sebelum Ramos menanduk kencang bola itu pada minit keempat masa kecederaan.

Drama terus berlaku apabila Croatia berjaya membolosi gawang Portugal pada minit ke-12 masa kecederaan.

Namun, ia sekali lagi berakhir dengan kekecewaan buat Luka Modric dan rakan sepasukannya apabila jaringan itu turut dibatalkan kerana Ofsaid.

Sumber: BERNAMA-dpa

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok