• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Rooney ragu England mampu julang Piala Dunia 2026, gesa Tuchel perbaiki kelemahan
02 July 2026 | 10:28 AM

Rooney ragu England mampu julang Piala Dunia 2026, gesa Tuchel perbaiki kelemahan

KANSAS CITY - Bekas kapten England, Wayne Rooney, meluahkan kebimbangan terhadap peluang skuad Three Lions untuk muncul juara Piala Dunia 2026 selepas menyifatkan prestasi pasukan itu masih belum cukup meyakinkan.

England mara ke pusingan 16 terbaik selepas bangkit menewaskan Republik Demokratik (DR) Congo 2-1 dalam aksi pusingan 32 terbaik, namun Rooney percaya banyak aspek permainan perlu diperbaiki jika mereka mahu bersaing dengan pasukan elit dunia.

Menurutnya, skuad bimbingan Thomas Tuchel terlalu mudah ditembusi setiap kali kehilangan penguasaan bola, sekali gus membuka ruang kepada lawan untuk mencipta peluang berbahaya.

"Saya sangat bimbang. Apabila England kehilangan bola, mereka terlalu mudah ditembusi.

"Jika berdepan pasukan yang lebih kuat, kami akan menghadapi masalah besar jika perkara itu tidak diperbaiki," katanya kepada BBC.

Rooney turut menegaskan hubungan antara benteng pertahanan dan bahagian tengah masih longgar, manakala pemain bek sisi gagal memberikan persembahan yang meyakinkan.

Beliau juga berpandangan Noni Madueke kurang memberi impak, selain menyifatkan terdapat terlalu banyak ruang yang dibiarkan terbuka di bahagian tengah.

"Tuchel perlu menyelesaikan masalah itu, jika tidak England akan tersingkir," katanya.

England akan berdepan tuan rumah bersama, Mexico, pada aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Azteca. Mexico hadir dengan rekod cemerlang selepas memenangi kesemua empat perlawanan dan masih belum dibolosi sepanjang kempen Piala Dunia kali ini.

Sekiranya berjaya menewaskan Mexico, England dijangka berdepan Brazil pada suku akhir sebelum berpotensi bertemu juara bertahan, Argentina, di separuh akhir.

Rooney turut mengkritik aksi pertahanan England yang membenarkan Brian Cipenga meledak gol pembukaan buat DR Congo, selain menganggap persembahan Djed Spence di posisi bek kanan masih belum meyakinkan.

Menurutnya, England sepatutnya mempertimbangkan untuk memujuk Kyle Walker kembali daripada persaraan antarabangsa, khususnya selepas Tino Livramento mengalami kecederaan.

"Kyle masih cukup bagus dan mampu bermain untuk England. Saya pasti akan menghubunginya dan meminta dia membantu pasukan kerana posisi itu boleh menjadi kelemahan besar," katanya.

Dalam pada itu, Rooney tetap memberikan pujian kepada Harry Kane yang sekali lagi muncul penyelamat England menerusi dua jaringan pada babak kedua untuk memastikan pasukan itu meneruskan kemaraan.

"Tandukannya sangat baik, tetapi gol keduanya benar-benar luar biasa.

"Dia pemain bertaraf dunia, bintang utama England dan wira kami.

"Masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki terutama di bahagian tengah dan pertahanan, tetapi perkara paling penting ialah England berjaya mara, dan sekali lagi Kane menjadi pembeza," katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok