• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Peminat Jerman yakin benam Paraguay, akui Perancis ujian sebenar
29 June 2026 | 02:45 PM

Peminat Jerman yakin benam Paraguay, akui Perancis ujian sebenar

BOSTON - Penyokong Jerman yang berhimpun di Boston menjelang aksi pusingan 32 terakhir Piala Dunia menentang Paraguay awal pagi esok yakin pasukan mereka mampu mara, namun menganggap kemungkinan bertemu Perancis di pusingan berikutnya sebagai cabaran yang lebih sukar.

Tim Nikolayzik, berasal dari Bremen dan kini bekerja dalam sektor kewangan di New York sejak 2019, berkata kemenangan menjadi keutamaan buat skuad kendalian Julian Nagelsmann.

"Ia mungkin bukan perlawanan yang cantik, tetapi keputusan adalah perkara paling penting. Mereka perlu berjuang habis-habisan," katanya.

Menurutnya, walaupun berhati-hati dengan ancaman Paraguay, dia optimis juara dunia empat kali itu mampu mengatasi wakil Amerika Selatan yang kembali beraksi di pentas Piala Dunia selepas 16 tahun.

Jerman memulakan kempen dengan kemenangan besar 7-1 ke atas Curacao sebelum bangkit menewaskan Ivory Coast. Bagaimanapun, mereka tewas 1-2 kepada Ecuador dalam aksi terakhir peringkat kumpulan selepas lebih awal mengesahkan tempat ke pusingan 32 terakhir.

Prestasi itu dilihat sebagai peningkatan selepas kegagalan mereka melepasi peringkat kumpulan pada edisi 2018 dan 2022.

Di bawah bimbingan Nagelsmann, Jerman diperkuat pemain seperti Kai Havertz dan Jamal Musiala. Namun, sebahagian penyokong berpendapat pasukan itu masih belum setanding kuasa besar seperti Sepanyol, Perancis dan juara bertahan Argentina, khususnya dari aspek pertahanan.

Seorang lagi penyokong, Jonny Wiesinger dari Wuerzburg, mengakui Jerman belum berada pada prestasi terbaik tetapi percaya mereka mampu mengatasi Paraguay sebelum berdepan cabaran lebih getir menentang Perancis, yang memiliki penyerang berbahaya seperti Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele.

Perancis, naib juara dunia 2022, dijangka melepasi halangan Sweden untuk melengkapkan pertemuan dengan Jerman sekiranya kedua-dua pasukan menang aksi masing-masing.

"Kami Jerman, jadi kami tidak takut kepada sesiapa. Memang kami pernah melalui zaman yang lebih baik, tetapi pada 2014 pun tiada siapa menjangka kami akan menjadi juara. Jadi, kenapa tidak kali ini?" kata Wiesinger.

Sementara itu, Paraguay dijangka memberikan tentangan sengit apabila jurulatih mereka mahu pasukan itu mengambil inspirasi daripada kemenangan ke atas Argentina dan Brazil pada kempen kelayakan Piala Dunia.

Menjelang perlawanan, kira-kira 1,000 penyokong Jerman turut memeriahkan suasana di Boston dengan menghadiri perlawanan besbol antara Boston Red Sox dan New York Yankees.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok