• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Afrika Selatan Cipta Sejarah, Mara Ke Pusingan Kalah Mati Buat Kali Pertama
25 June 2026 | 11:49 AM

Afrika Selatan Cipta Sejarah, Mara Ke Pusingan Kalah Mati Buat Kali Pertama

MONTERREY, 25 Jun - Afrika Selatan mencipta sejarah baharu di pentas Piala Dunia apabila berjaya melangkah ke pusingan kalah mati buat kali pertama selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A.

Kemenangan bersejarah itu menamatkan penantian panjang skuad Bafana Bafana yang sebelum ini gagal melepasi saingan peringkat kumpulan dalam tiga penampilan terdahulu pada edisi 1998, 2002 dan 2010.

Pemain sayap, Thapelo Maseko muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-63. Selepas beberapa percubaan sepanjang aksi berlangsung, Maseko akhirnya menemui sasaran menerusi rembatan yang melepasi celah kaki Jens Castrop sebelum menewaskan penjaga gol Korea Selatan, Kim Seung-gyu.

Afrika Selatan sebenarnya tampil lebih agresif dan mencipta beberapa peluang berbahaya sejak babak pertama. Pada minit ke-42, Relebohile Mofokeng hampir membuka tirai jaringan menerusi gerakan sepakan percuma yang dirancang dengan baik, namun percubaannya sedikit tersasar.

Maseko turut berpeluang menambah jaringan pada awal separuh masa kedua selepas menerima hantaran voli menarik daripada rakan sepasukan, namun diasak pertahanan Korea Selatan sebelum sempat melakukan penyudah yang lebih berkesan.

Dalam usaha mencari gol penyamaan, Korea Selatan memasukkan kapten pasukan, Son Heung-min, sebaik bermulanya babak kedua. Namun, perubahan itu gagal memberi impak apabila benteng Afrika Selatan kekal utuh sehingga wisel penamat.

Keputusan 1-0 itu memastikan Afrika Selatan mengumpul empat mata untuk menamatkan saingan di tangga kedua Kumpulan A sekali gus mengesahkan tiket ke pusingan 32 terbaik.

Pada pusingan kalah mati nanti, Afrika Selatan dijadual berdepan Kanada dalam usaha meneruskan kemaraan mereka di kejohanan tersebut.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok