KUALA LUMPUR, 24 Jun – Pelakon dan penyanyi Fattah Amin berkongsi berita gembira apabila isterinya, Amira Othman, 33, selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada jam 6.20 petang semalam.
Perkhabaran itu diumumkan Fattah menerusi hantaran di Instagram, yang turut mendedahkan bayi lelaki tersebut diberi nama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.
“Alhamdulillah, isteri saya, Nadia Amira Othman selamat melahirkan bayi kami pada jam 6.20 petang semalam,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Fattah memuat naik gambar mendukung putera mereka, namun wajah bayi berkenaan tidak didedahkan kepada umum dan ditutup dengan emoji tangan berdoa.
Pelakon berusia 34 tahun itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan keluarganya serta berharap anak sulungnya bersama Amira membesar menjadi insan yang soleh.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga Jarir membesar menjadi anak yang soleh serta penyejuk hati Mommy dan Daddy,” katanya.
Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang, Selangor.
Sebelum ini, Fattah turut mempunyai seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, enam tahun, hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon Nur Fazura.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back