LOS ANGELES - Kapten Argentina, Lionel Messi, mencipta sejarah baharu apabila muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah Piala Dunia selepas meledak dua gol ketika menentang Austria.
Dua jaringan itu membolehkan pemain yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39 esok mengumpul keseluruhan 18 gol di pentas Piala Dunia, sekali gus memintas rekod sebelum ini yang dipegang legenda Jerman, Miroslav Klose dengan 16 gol.
Messi kini mendahului senarai penjaring terbanyak kejohanan berprestij itu, manakala Kylian Mbappe dari Perancis turut berkongsi kedudukan kedua bersama Klose dengan 16 gol.
Berikut senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia:
- Lionel Messi (Argentina) – 18 gol
- Miroslav Klose (Jerman) – 16 gol
Kylian Mbappe (Perancis) – 16 gol - Ronaldo (Brazil) – 15 gol
- Gerd Mueller (Jerman) – 14 gol
- Just Fontaine (Perancis) – 13 gol
- Pele (Brazil) – 12 gol
- Jurgen Klinsmann (Jerman) – 11 gol
Sandor Kocsis (Hungary) – 11 gol - Gabriel Batistuta (Argentina) – 10 gol
Harry Kane (England) – 10 gol
Helmut Rahn (Jerman) – 10 gol
Gary Lineker (England) – 10 gol
Teofilo Cubillas (Peru) – 10 gol
Thomas Mueller (Jerman) – 10 gol
Grzegorz Lato (Poland) – 10 gol
Pencapaian terbaharu itu mengukuhkan lagi status Messi sebagai antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia, dengan rekod baharu yang dijangka menjadi penanda aras buat generasi akan datang.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back