Penjaga gol Mexico, Raul Rangel muncul wira pasukannya apabila melakukan dua aksi menyelamat penting pada penghujung perlawanan bagi memastikan kelebihan Mexico kekal sehingga wisel penamat.
Keputusan itu membolehkan Mexico menamatkan saingan sebagai juara Kumpulan A sekali gus memastikan mereka terus beraksi di laman sendiri pada pusingan 32 terbaik. Pasukan kendalian Javier Aguirre dijadual bertemu salah satu pasukan tempat ketiga terbaik dalam aksi seterusnya di Mexico City.
Korea Selatan kini berada di tangga kedua dengan tiga mata, manakala Republik Czech dan Afrika Selatan masing-masing masih mempunyai peluang untuk mara selepas mengutip satu mata.
Kedua-dua pasukan memasuki perlawanan dengan misi memburu kemenangan bagi mengesahkan kemaraan lebih awal ke pusingan kalah mati, di hadapan ribuan penyokong yang memenuhi stadium.
Aguirre membuat tiga perubahan terhadap kesebelasan utama yang menewaskan Afrika Selatan 2-0 pada perlawanan pembukaan minggu lalu. Sementara itu, jurulatih Korea Selatan, Hong Myung-bo, hanya melakukan satu pertukaran dengan mengekalkan sebahagian besar skuad yang bangkit menewaskan Republik Czech 2-1.
Mexico akan melengkapkan aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Republik Czech dalam perlawanan yang tidak lagi menjejaskan kedudukan mereka, manakala Korea Selatan dijadual berdepan Afrika Selatan.
Dalam satu lagi aksi Kumpulan A, Afrika Selatan dan Republik Czech terikat 1-1.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back