• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

England Tidak Mahu Ambil Risiko Dengan Saka Menjelang Piala Dunia
10 June 2026 | 11:07 AM

England Tidak Mahu Ambil Risiko Dengan Saka Menjelang Piala Dunia

Florida - Pengurus England, Thomas Tuchel, meminta semua pihak bersabar mengenai tahap kecergasan Bukayo Saka ketika bintang Arsenal itu masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan Achilles menjelang kempen Piala Dunia.

Saka, yang pernah menjadi watak penting England pada Piala Dunia lalu dengan tiga gol dalam empat penampilan, kini berdepan perlumbaan untuk mencapai tahap kecergasan terbaik sebelum aksi pembukaan Kumpulan L menentang Croatia pada 18 Jun.

Menurut Tuchel, pemain berusia 24 tahun itu berkemungkinan diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Costa Rica awal pagi esok jika diperlukan, namun pasukan tidak mahu mengambil sebarang risiko yang boleh menjejaskan pemulihannya.

“Kami masih perlu berhati-hati dengan Bukayo. Dia mengalami kecederaan sejak kem latihan Mac lalu dan kami perlu menguruskan keadaannya dengan teliti,” kata Tuchel.

England kini menggunakan pendekatan yang sama seperti Arsenal dengan mengehadkan beban latihan Saka. Pemain sayap itu hanya menyertai sebahagian sesi latihan minggu ini bagi memastikan kecergasannya terus dipantau.

“Ketika ini dia masih belum mampu melengkapkan semua sesi latihan sepanjang minggu dan terus beraksi dalam perlawanan kompetitif. Dia boleh bermain, tetapi tahap kecergasannya perlu diuruskan dengan baik supaya dapat kembali 100 peratus,” jelas Tuchel.

Walaupun dibelenggu kecederaan, Saka tetap memainkan peranan penting membantu Arsenal muncul juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Penampilan terakhirnya adalah pada 30 Mei ketika Arsenal tewas kepada Paris Saint-Germain menerusi penentuan penalti dalam final Liga Juara-Juara Eropah. Pada aksi itu, Saka beraksi dalam kesebelasan utama sebelum dikeluarkan pada minit ke-82.

Bagaimanapun, pemain lincah itu masih belum menemui sentuhan jaringan sejak 5 Mei lalu, ketika menjaringkan gol kemenangan Arsenal ke atas Atletico Madrid dalam aksi separuh akhir kedua.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok