• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kemelut Visa Selesai, Iran Teruskan Misi Piala Dunia ke Mexico
04 June 2026 | 11:41 AM

Kemelut Visa Selesai, Iran Teruskan Misi Piala Dunia ke Mexico

ANTALYA, Turkiye – Skuad kebangsaan Iran disahkan akan berlepas ke Mexico hujung minggu ini bagi meneruskan persiapan menghadapi Piala Dunia, sekali gus menepis spekulasi kegagalan penyertaan mereka akibat isu kelewatan visa dan ketegangan geopolitik.

Sebelum ini, kehadiran Iran ke kejohanan musim panas di Amerika Utara itu terumbang-ambing susulan impak serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada Februari lalu. Situasi tersebut memaksa Iran memindahkan kem latihan mereka dari Tucson, Arizona ke Tijuana, Mexico.

Bagaimanapun, Ketua Persekutuan Bolasepak Iran, Mehdi Taj, menyatakan keyakinan bahawa baki isu visa melibatkan Mexico dan AS akan diselesaikan dalam masa terdekat.

"Kami menjangkakan isu visa akan diselesaikan dengan cepat," katanya memetik laporan USA Today.

Persiapan Terakhir & Jadual Kumpulan G

Iran kini berada di Turkiye untuk fasa terakhir latihan dan dijadualkan menentang Mali dalam aksi pemanas badan awal pagi esok.

Berada dalam Kumpulan G, Iran bakal berdepan laluan sengit menentang Belgium, Mesir, dan New Zealand. Mereka akan memulakan kempen menentang New Zealand pada 15 Jun ini di Inglewood, California.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok