• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Tiong King Sing Hadiri Rumah Terbuka Hari Gawai Bersama Komuniti dan Pelancong di Bintulu
03 June 2026 | 06:50 PM

Tiong King Sing Hadiri Rumah Terbuka Hari Gawai Bersama Komuniti dan Pelancong di Bintulu

BINTULU, 1 Jun 2026 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing, menghadiri Sambutan Rumah Terbuka Hari Gawai bersama komuniti setempat dan pelancong yang berlangsung di Rumah Panjang Dato’ Raymond anak Phen @ Plen.

Program tersebut menjadi platform penting dalam memperkenalkan keunikan budaya, adat resam serta warisan masyarakat Iban kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Inisiatif itu selaras dengan usaha memperkukuh pelancongan budaya sebagai antara tarikan utama Sarawak.

Sambutan berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, His Excellency Ouyang Yujing, yang bersama-sama meraikan perayaan Gawai bersama masyarakat setempat.

Dalam ucapannya, Tiong menegaskan bahawa perpaduan, keharmonian dan semangat saling menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum merupakan asas penting dalam memperkukuh sektor kebudayaan dan pelancongan negara.

Beliau berkata, nilai-nilai tersebut juga memainkan peranan penting dalam menjayakan Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan inklusif dan kesejahteraan masyarakat.

Turut hadir ialah Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi anak Utom; Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato’ Shaharuddin Abu Sohot; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee; serta ADUN Pelagus, Wilson Nyabong.

Sambutan Hari Gawai yang diraikan setiap tahun bukan sahaja memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat, malah menjadi medium berkesan untuk mempromosikan kepelbagaian budaya Sarawak kepada dunia.

Sumber: FB MOTAC

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok