• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

United sah pasukan ketiga terbaik EPL selepas tundukkan Forest
19 May 2026 | 11:06 AM

United sah pasukan ketiga terbaik EPL selepas tundukkan Forest

MANCHESTER – Manchester United mengukuhkan kedudukan selaku pasukan ketiga terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas menewaskan Nottingham Forest 3-2 dalam aksi dramatik di Old Trafford malam kelmarin.

Kemenangan penting itu hadir menerusi jaringan Luke Shaw, Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo, sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat skuad The Red Devils dalam aksi liga terakhir mereka di laman sendiri musim ini.

Nottingham Forest bagaimanapun memberikan tentangan sengit apabila Morato dan Morgan Gibbs-White turut meledak gol buat pasukan pelawat.

Pengurus sementara United, Michael Carrick, meluahkan rasa puas hati dengan prestasi anak buahnya sambil mengakui kemenangan tersebut cukup bermakna buat penyokong setia di Old Trafford.

“Ini perlawanan yang sangat penting kerana ia aksi terakhir kami di depan penyokong sendiri musim ini. Kami mahu menghadiahkan kemenangan kepada mereka dan syukur kami berjaya melakukannya.

“Kami berdepan detik sukar sepanjang perlawanan, tetapi pemain menunjukkan semangat luar biasa. Malah, kami sepatutnya boleh menang dengan jaringan lebih besar,” katanya.

Dalam perlawanan itu, kapten United, Bruno Fernandes turut mencipta sejarah tersendiri apabila menyamai rekod legenda EPL, Thierry Henry dan Kevin De Bruyne dengan mencatat 20 bantuan gol dalam satu musim.

Fernandes melakar pencapaian tersebut menerusi gerakan yang menghasilkan gol Bryan Mbeumo.

Aksi berkenaan juga menjadi penampilan terakhir Casemiro di Old Trafford selepas pemain tengah Brazil itu disahkan bakal meninggalkan kelab, manakala Tyrell Malacia turut menamatkan kontraknya bersama United.

Dalam pada itu, Carrick enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi yang mengaitkannya dengan jawatan pengurus tetap Manchester United selepas dikatakan sudah mencapai persetujuan dengan pihak pengurusan kelab.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok