KUCHING: Beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar Kuching akan ditutup dan dilencongkan sementara pada 16 dan 17 Mei ini sempena penganjuran Festival Muzik Kuching 2026 di Padang Merdeka.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, penutupan jalan akan dilaksanakan bermula jam 7 malam hingga 12 tengah malam bagi memastikan kelancaran program serta aliran trafik sepanjang acara berlangsung.
Antara lokasi yang terlibat ialah susur dan lampu isyarat RTM, lampu isyarat Jalan Pearl, simpang Jalan Wawasan dari Lebuh Wayang, Jalan Tun Abang Haji Openg menghala ke Jalan Barrack, Jalan Barrack menuju ke Jalan Pearl serta Jalan Gambier menghala ke Jalan Tun Abang Haji Openg.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan dan merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.
Sumber: PDRM Kuching
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back