• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

“Senang Kacang” – Tengku Hassanal Tawan Fasa Pertama Pendakian Kinabalu
13 May 2026 | 10:27 AM

“Senang Kacang” – Tengku Hassanal Tawan Fasa Pertama Pendakian Kinabalu

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menyifatkan fasa pertama pendakian Gunung Kinabalu sebagai tidak terlalu mencabar selepas berjaya tiba di Panalaban petang tadi.

“It’s nothing… senang kacang,” seloroh baginda sebaik menamatkan perjalanan dari Pintu Timpohon ke Panalaban yang mengambil masa lebih tujuh jam.

Ucapan ringkas itu dibuat selepas salah seorang malim gunung, dikenali sebagai Jvy, meminta baginda berkongsi kata-kata semangat kepada rombongan Ekspedisi Mahkota Borneo.

Menurut malim berkenaan menerusi siaran langsung di TikTok, Tengku Mahkota Pahang tiba di Panalaban sekitar jam 3.45 petang.

“Semoga cuaca berada dalam keadaan baik untuk pendakian ke puncak Gunung Kinabalu pagi esok,” katanya.

Video tersebut turut dimuat naik menerusi akaun TikTok Jalan Jalan Cari Makan Pahang dan mendapat perhatian warganet.

Terdahulu, pendakian bermula kira-kira jam 8.05 pagi selepas bacaan doa selamat dipimpin Mufti Sabah, Bungsu Aziz Jaafar, sebelum taklimat pendakian disampaikan Ketua Stesen Substesen Panalaban, Julaimin Kamin di Pondok Timpohon.

Ekspedisi Mahkota Borneo yang diketuai Tengku Hassanal berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga esok, melibatkan 56 peserta termasuk pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia serta pengiring rapat Polis Diraja Malaysia.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok