• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Guardiola Akui City Kini Harap Arsenal Tercicir Mata
11 May 2026 | 01:03 PM

Guardiola Akui City Kini Harap Arsenal Tercicir Mata

Pep Guardiola mengakui tekanan memburu gelaran Premier League semakin memuncak apabila Manchester City kini tidak lagi mengawal nasib sendiri dalam perebutan kejuaraan musim ini.

City terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Arsenal selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Brentford di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Tiga gol kemenangan The Citizens dijaringkan oleh Jérémy Doku, Erling Haaland dan Omar Marmoush untuk memastikan harapan memburu takhta liga terus hidup.

Bagaimanapun, Guardiola mengakui pasukannya kini perlu berharap Arsenal tercicir mata dalam baki saingan sekiranya mahu mempertahankan peluang menjulang trofi EPL.

“Secara realistik, kejuaraan bukan lagi di tangan kami kerana kami perlu menunggu Arsenal kehilangan mata.

“Apa yang kami boleh lakukan sekarang ialah terus memenangi perlawanan dan melihat apa yang akan berlaku pada penghujung musim. Sekurang-kurangnya kami tahu kami mampu menamatkan musim di kelompok teratas,” katanya.

Dalam pada itu, Guardiola turut memuji persembahan Doku yang disifatkan semakin memberi impak besar kepada pasukan, terutama dalam aspek serangan.

Menurutnya, pemain sayap Belgium itu bukan sahaja memiliki kemampuan menggelecek yang luar biasa, malah kini semakin tajam di depan gol.

“Doku bermain sangat baik. Dia mempunyai kelebihan dalam situasi satu lawan satu dan sekarang dia turut membantu pasukan dengan jaringan penting,” ujar Guardiola lagi.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok