• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

PSG ke Final Liga Juara-Juara, Singkir Bayern Dengan Agregat 6-5
07 May 2026 | 10:15 AM

PSG ke Final Liga Juara-Juara, Singkir Bayern Dengan Agregat 6-5

MUNICH - Paris Saint-Germain (PSG) berjaya mengesahkan tempat ke final Liga Juara-Juara selepas mencatat keputusan seri 1-1 menentang Bayern Munich pada aksi separuh akhir kedua awal pagi tadi, sekali gus mara dengan agregat 6-5.

Juara bertahan dari Perancis itu kini akan berdepan Arsenal pada aksi final di Budapest pada 30 Mei depan. Arsenal terlebih dahulu melangkah ke pentas akhir selepas menewaskan Atletico Madrid dengan agregat 2-1.

PSG yang membawa kelebihan agregat 5-4 dari perlawanan pertama memulakan aksi dengan cemerlang apabila Ousmane Dembele meledak gol pembukaan seawal minit ketiga hasil gerakan menarik Khvicha Kvaratskhelia.

Gol awal itu menyaksikan Bayern meningkatkan tekanan dalam usaha mencari jaringan penyamaan. Michael Olise dan Luis Diaz hampir menggegarkan gawang PSG, namun kedua-dua percubaan mereka tersasar tipis.

Pasukan pelawat hampir menambah jaringan pada minit ke-33 menerusi tandukan Joao Neves, tetapi penjaga gol Bayern, Manuel Neuer, bertindak cemerlang menafikan peluang tersebut.

PSG terus bertahan dengan disiplin tinggi, malah penjaga gol mereka, Matvei Safonov, turut mempamerkan aksi mantap apabila menyelamatkan percubaan jarak dekat Jamal Musiala sebelum tamat separuh masa pertama.

Memerlukan sekurang-kurangnya dua gol untuk mengheret permainan ke masa tambahan, Bayern terus mengasak pada babak kedua. Namun, PSG lebih selesa menyerap tekanan sambil menunggu peluang melakukan serangan balas.

Harry Kane akhirnya berjaya menyamakan kedudukan buat Bayern pada masa kecederaan, tetapi jaringan itu hadir terlalu lewat untuk mengubah nasib pasukan tuan rumah.

Gol tersebut turut menjadi jaringan ketujuh berturut-turut Kane dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini serta gol ke-55 beliau bersama Bayern Munich dalam semua pertandingan musim ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok