LONDON: Chelsea FC melangkah ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan Leeds United dengan keputusan 1-0 dalam aksi separuh akhir di Stadium Wembley.
Jaringan tunggal perlawanan dihasilkan oleh pemain tengah Argentina, Enzo Fernandez, pada minit ke-23 menerusi tandukan hasil hantaran lintang Pedro Neto.
Kemenangan tersebut menyaksikan Chelsea, yang juga juara lapan kali kejohanan berkenaan, bakal berdepan Manchester City dalam perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung bulan hadapan.
Walaupun menguasai sebahagian besar babak pertama, Chelsea terpaksa bergantung kepada kecekapan penjaga gol, Robert Sanchez, yang mempamerkan aksi cemerlang bagi menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada Brenden Aaronson dan Anton Stach.
Kejayaan itu diraih di sebalik situasi tidak menentu yang melanda kelab berkenaan susulan pemecatan pengendali, Liam Rosenior, minggu lalu selepas pasukan mencatat lima kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris.
Jurulatih sementara, Calum McFarlane, yang mengemudi pasukan dalam perlawanan ini, dijangka terus diberi kepercayaan untuk membimbing Chelsea dalam aksi final Piala FA pada 16 Mei ini.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back