• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Fernandes yakin Carrick layak jadi pengurus tetap, puji impak positif di United
25 April 2026 | 02:36 PM

Fernandes yakin Carrick layak jadi pengurus tetap, puji impak positif di United

MANCHESTER – Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, mendedahkan beliau sudah lama melihat potensi Michael Carrick untuk menggalas peranan sebagai pengurus utama sejak pertama kali diberi tanggungjawab sementara di Old Trafford.

Carrick sebelum ini mengendalikan United bagi tiga perlawanan pada November 2021 susulan pemecatan Ole Gunnar Solskjaer. Beliau kemudian meninggalkan kelab selepas Ralf Rangnick dilantik sebagai pengurus sementara.

Menurut Fernandes, pendekatan Carrick ketika itu sudah cukup membuktikan beliau bersedia untuk melangkah ke peranan lebih besar.

“Cara dia membuat persiapan dan berkomunikasi dengan pemain membuatkan kami nampak dia bukan sekadar pembantu. Dia memang sudah bersedia untuk cabaran seterusnya,” katanya.

Kini kembali membimbing pasukan, Carrick dilaporkan berada dalam kedudukan kukuh untuk dilantik secara tetap selepas membantu United melonjak ke tangga ketiga liga serta menghampiri slot ke Liga Juara-Juara Eropah.

Pengendali berusia 44 tahun itu mencatat lapan kemenangan daripada 12 perlawanan sejak kembali mengemudi pasukan, namun status jangka panjangnya bersama kelab masih belum dimuktamadkan.

Fernandes turut menegaskan kehadiran Carrick membawa perubahan besar, terutama dari segi keyakinan dan kestabilan pasukan yang sebelum ini tidak konsisten.

“Dia bawa tenaga positif yang kami perlukan. Dia tahu bila perlu tegas dan bila perlu berlembut untuk memastikan pasukan kekal bersatu,” ujar Fernandes lagi.

Dalam masa sama, Fernandes mengakui masa depannya di Old Trafford masih menjadi tanda tanya apabila kontraknya bakal berakhir tahun depan. Walaupun pernah menerima tawaran lumayan daripada kelab Arab Saudi, Al-Hilal, pemain tengah Portugal itu memilih untuk kekal.

Keputusan tersebut dibuat kerana beliau masih mahu menyumbang kepada United, selain mendapat sokongan penuh daripada isterinya untuk terus mengejar kejayaan dalam karier bola sepak.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok