KUCHING – Beberapa hari kelepasan am pada tahun 2026 dijangka bertindih, sekali gus menimbulkan keperluan untuk penetapan hari kelepasan am gantian bagi pekerja di Sarawak.
Antara tarikh yang terlibat ialah Hari Wesak pada 31 Mei 2026, diikuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong serta Hari Gawai (hari pertama) yang jatuh serentak pada 1 Jun 2026. Hari Gawai (hari kedua) pula disambut pada 2 Jun 2026.
Menurut peruntukan Seksyen 104(1) Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76), Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong merupakan hari kelepasan am wajib dan tidak boleh diganti dengan hari lain. Sementara itu, Hari Wesak serta Hari Gawai ditetapkan sebagai hari kelepasan am berasaskan agama dan budaya pekerja.
Ordinan tersebut turut memperuntukkan bahawa sekiranya hari kelepasan am jatuh pada hari rehat atau bertindih dengan cuti umum lain, maka hari bekerja berikutnya hendaklah dijadikan sebagai hari kelepasan am gantian.
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back