• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

SUKMA Wajar Ditangguhkan Sehingga Krisis Asia Barat Selesai - Sultan Selangor
20 April 2026 | 12:06 PM

SUKMA Wajar Ditangguhkan Sehingga Krisis Asia Barat Selesai - Sultan Selangor

SHAH ALAM, 20 April (Bernama) - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berpandangan penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di negeri itu wajar ditangguhkan sehingga krisis di Asia Barat selesai.

Sultan Sharafuddin bertitah penangguhan itu juga wajar sehingga pembangunan semula Stadium Shah Alam siap sepenuhnya.

“Berhubung penganjuran SUKMA oleh Negeri Selangor, beta difahamkan peruntukan yang diperlukan adalah sangat tinggi.

“Dalam keadaan ekonomi semasa, beta berpandangan lebih wajar penganjuran itu ditangguhkan sehingga krisis di Asia Barat selesai dan sehingga Stadium Shah Alam siap sepenuhnya,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-15 Tahun 2025 di Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin menitahkan agar penganjuran Piala Sultan Selangor bagi perlawanan bola sepak tahunan antara Selangor dan Singapura 2026 dibatalkan.

Bagaimanapun, baginda berkenan kejohanan bola sepak Piala Jubli Perak dianjurkan yang melibatkan pelajar sekolah bawah 15 tahun antara daerah di Selangor sebagai usaha memupuk bakat muda dan menyemai semangat kesukanan pada peringkat akar umbi.

“Tambahan lagi sukan bola sepak merupakan sukan paling popular dalam kalangan rakyat Selangor,” titah baginda.

SUKMA Selangor 2026 dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari sebelum ini berkata temasya dwitahunan itu akan dilaksanakan pada skala lebih kecil bagi menjimatkan kos penganjuran tanpa mengurangkan jumlah sukan dan acara dipertandingkan.

Beliau berkata langkah itu diambil selepas Jawatankuasa Tertinggi temasya sukan itu mengambil maklum mengenai krisis tenaga global dan kesan ekonomi dunia yang turut dirasai di negara ini.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok