• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Enzo Fernandez kembali ke skuad Chelsea selepas isu dalaman selesai
13 April 2026 | 11:23 AM

Enzo Fernandez kembali ke skuad Chelsea selepas isu dalaman selesai

LONDON - Enzo Fernandez dijangka kembali menyertai Chelsea selepas diketepikan dalam dua perlawanan terakhir, termasuk aksi suku akhir Piala FA menentang Port Vale serta kekalahan 0-3 kepada Manchester City di Stamford Bridge.

Pemain tengah Argentina itu sebelum ini menjadi tumpuan selepas mencetuskan ketegangan dalam kem pasukan apabila memberi bayangan terbuka untuk meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Susulan situasi tersebut, Fernandez digugurkan daripada dua perlawanan penting. Namun, keadaan kini dilaporkan sudah reda selepas beberapa siri perbincangan dalaman bersama barisan pemain utama.

Pengurus Chelsea, Liam Rosenior, menegaskan keputusan menggugurkan Fernandez dibuat demi kepentingan jangka panjang pasukan.

“Mana-mana pasukan pasti merindui Enzo. Dengan sokongan kumpulan kepimpinan dan pengarah sukan, saya membuat keputusan ini demi masa depan kelab,” katanya.

Rosenior turut mengesahkan bahawa Fernandez telah berbincang secara terbuka dengan pihak pengurusan dan rakan sepasukan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Dia mahu bercakap dengan pemain utama dalam skuad. Dia sudah berjumpa saya, kumpulan kepimpinan dan seluruh pasukan. Tiada isu peribadi dia akan kembali bersama skuad pada Selasa,” jelasnya.

Kembalinya Fernandez dijangka memberi suntikan penting kepada Chelsea, dengan pemain itu terus dilihat sebagai tonggak utama di bahagian tengah pasukan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok