• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

MOSTI Terima Maklumat Awal Objek Disyaki Serpihan Angkasa Di Ruang Udara Sarawak
09 April 2026 | 03:09 PM

MOSTI Terima Maklumat Awal Objek Disyaki Serpihan Angkasa Di Ruang Udara Sarawak

PUTRAJAYA, 9 April (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan menerima maklumat awal mengenai penampakan objek disyaki serpihan angkasa di ruang udara Sarawak, dua hari lepas.

Dalam kenyataan hari ini, MOSTI memaklumkan setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai penemuan serpihan tersebut di darat atau perairan.

"Berdasarkan penelitian awal video tular, objek tersebut dipercayai berkemungkinan sebahagian serpihan objek angkasa namun pengesahan lanjut masih dalam siasatan.

"Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)," menurut MOSTI.

Orang awam dinasihatkan agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa di talian 03-8885 8685 atau emel bpadg@mosti.gov.my.

Baru-baru ini, tular di media sosial kandungan video berdurasi kira-kira 10 saat daripada beberapa warganet yang mendakwa penampakan objek bercahaya dipercayai jatuh dari langit sedang melintasi ruang udara sebelum jatuh ke bumi.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok