• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Salah Jadi Rebutan Gergasi Eropah, PSG & Bayern Dalam Radar
01 April 2026 | 11:04 AM

Salah Jadi Rebutan Gergasi Eropah, PSG & Bayern Dalam Radar

MADRID – Masa depan bintang Mesir, Mohamed Salah terus mencetuskan spekulasi apabila beliau dilaporkan menerima minat daripada dua kelab elit Eropah, Paris Saint-Germain (PSG) dan Bayern Munich.

Penyerang berusia 34 tahun itu dijangka meninggalkan Liverpool FC pada penghujung musim ini, sekali gus menutup tirai sembilan tahun gemilang di Anfield yang menyaksikannya diangkat sebagai antara legenda moden kelab tersebut.

Perkembangan itu turut disahkan oleh Pengarah skuad kebangsaan Mesir, Ibrahim Hassan, yang mendedahkan bahawa beberapa kelab besar Eropah sedang memantau situasi Salah. Beliau pada masa sama berharap kapten pasukan itu kekal beraksi di pentas tertinggi.

“Secara jujur, saya mahu dia terus bermain di Eropah. Saya difahamkan ada tawaran daripada PSG, Bayern Munich dan juga kelab dari Itali,” katanya.

Hassan turut memberi bayangan bahawa perpindahan ke liga lain seperti Major League Soccer (MLS) mungkin menjejaskan keterlihatan bintang tersebut di pentas global.

Namun begitu, spekulasi mengenai Bayern Munich segera dinafikan. Pengarah sukan kelab itu, Max Eberl, menegaskan bahawa tiada sebarang tawaran rasmi dibuat setakat ini.

“Tidak, tiada tawaran daripada Bayern untuk Salah,” jelasnya.

Setakat ini, masa depan Salah masih belum menemui kepastian, dengan peminat terus menantikan keputusan yang bakal menentukan fasa seterusnya dalam kariernya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok