• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Maguire Mahu Keputusan Cepat, Kontrak Baharu Bersama United Hampir Dimuktamadkan
26 March 2026 | 10:01 AM

Maguire Mahu Keputusan Cepat, Kontrak Baharu Bersama United Hampir Dimuktamadkan

LONDON – Harry Maguire memberi bayangan bahawa masa depannya bersama Manchester United bakal ditentukan dalam masa terdekat, dengan rundingan kontrak baharu kini sedang berlangsung.

Pertahanan tengah berusia 33 tahun itu kembali menjadi tonggak utama pasukan sejak Michael Carrick mengambil alih pada Januari lalu. Prestasi konsistennya membantu United melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris serta membuka semula pintu ke skuad kebangsaan England.

Selain itu, Maguire turut disenaraikan dalam skuad akhir kendalian Thomas Tuchel menjelang pemilihan ke Piala Dunia, meskipun kontraknya bersama United dijangka berakhir di pertengahan kejohanan tersebut.

Mengulas situasi semasanya, Maguire mengesahkan bahawa perbincangan dengan pihak kelab sudah bermula dan beliau optimis satu keputusan akan dicapai tidak lama lagi.

“Saya rasa kami akan mencapai persetujuan terbaik untuk kedua-dua pihak. Apa sahaja keputusannya, ia akan diketahui dalam beberapa minggu lagi,” katanya.

Bagaimanapun, Maguire menegaskan bahawa sebarang keputusan tidak akan didorong oleh faktor emosi semata-mata.

“Saya memang sayangkan kelab ini, tetapi ia perlu menjadi keputusan yang tepat untuk saya dan juga kelab. Saya tidak mahu kekal hanya kerana sentimental.

“Saya mahu berada di sini kerana saya benar-benar diperlukan dan masih mampu memainkan peranan besar dalam membawa kelab ke hadapan,” jelasnya.

Beliau turut memberi bayangan bahawa sama ada kekal di Old Trafford atau berhijrah ke kelab lain, keputusan itu dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok