Kerajaan Sarawak dengan ini bersetuju dan mengisytiharkan cuti umum tambahan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H.
Menurut pengumuman rasmi:
- Sekiranya 1 Syawal 1447H jatuh pada hari Jumaat, 20 Mac 2026, maka Isnin, 23 Mac 2026, akan diisytiharkan sebagai cuti umum tambahan di seluruh Sarawak.
- Sekiranya 1 Syawal 1447H jatuh pada hari Sabtu, 21 Mac 2026, maka Jumaat, 20 Mac 2026, akan dijadikan cuti umum tambahan di seluruh Sarawak.
Pengisytiharan cuti tambahan ini adalah melangkaui cuti-cuti umum yang telah diperuntukkan di bawah Jadual Pertama Ordinan Hari Kelepasan Am.
Pengumuman ini dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak pada 18 Mac 2026.
Sumber: Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
Back