• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Mexico Sedia Jadi Tuan Rumah Perlawanan Iran Jika Perlu – Sheinbaum
18 March 2026 | 11:12 AM

Mexico Sedia Jadi Tuan Rumah Perlawanan Iran Jika Perlu – Sheinbaum

MEXICO CITY – Presiden Claudia Sheinbaum menyatakan bahawa Mexico bersedia menjadi tuan rumah perlawanan pusingan pertama Iran dalam Piala Dunia FIFA 2026 sekiranya keadaan memerlukan, susulan ketegangan berterusan di Timur Tengah.

Penyertaan Iran dalam kejohanan yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico itu kini menjadi tanda tanya selepas konflik tercetus bulan lalu. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sebelum ini memberi amaran bahawa keselamatan pasukan Iran mungkin terancam sekiranya mereka beraksi di negara itu.

Persekutuan bola sepak Iran dilaporkan telah memulakan rundingan dengan FIFA untuk mempertimbangkan pemindahan lokasi perlawanan mereka dari AS. Namun setakat ini, badan induk bola sepak dunia itu menegaskan bahawa jadual kejohanan kekal seperti yang dirancang.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Mexico menjadi tuan rumah, Sheinbaum mengesahkan kesediaan negaranya.

“Ya. Mexico mengekalkan hubungan diplomatik dengan semua negara, jadi kami akan menunggu keputusan FIFA,” katanya.

Isu ini timbul susulan konflik melibatkan Iran dengan AS dan Israel, yang mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan sepanjang kejohanan. Walaupun Presiden FIFA, Gianni Infantino, sebelum ini menyatakan jaminan bahawa pasukan Iran masih dialu-alukan di AS, kenyataan terbaharu Trump mencetuskan kontroversi apabila beliau menyarankan Iran tidak sepatutnya menyertai kejohanan atas faktor keselamatan.

Iran bagaimanapun menegaskan bahawa tiada pihak berhak menghalang penyertaan mereka dalam Piala Dunia.

Pasukan itu, yang layak sebagai wakil Asia kedua selepas Jepun, kini sedang berbincang dengan FIFA untuk memindahkan perlawanan mereka ke Mexico. Ketua badan bola sepak Iran, Mehdi Taj, turut menyatakan bahawa pihaknya tidak akan ke AS sekiranya keselamatan tidak dapat dijamin.

FIFA dalam kenyataan ringkas memaklumkan bahawa mereka terus berhubung dengan semua negara peserta, termasuk Iran, bagi memastikan perancangan kejohanan berjalan lancar mengikut jadual yang diumumkan pada Disember 2025.

Sementara itu, kem latihan Iran masih dijadualkan berlangsung di Tucson, Arizona. Namun, isu berkaitan visa dan sokongan logistik oleh kerajaan AS turut dibangkitkan oleh wakil diplomatik Iran di Mexico.

Sekiranya Iran menarik diri daripada kejohanan, pengganti mereka masih belum ditentukan.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok