• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Guardiola Kecewa, Namun Tetap Yakin Masa Depan Manchester City Cerah
18 March 2026 | 11:03 AM

Guardiola Kecewa, Namun Tetap Yakin Masa Depan Manchester City Cerah

MANCHESTER: Pengendali Pep Guardiola meluahkan rasa kecewa selepas Manchester City tersingkir daripada Liga Juara-Juara UEFA buat kali ketiga berturut-turut di tangan Real Madrid.

City berdepan tugas sukar selepas tewas 0-3 dalam aksi pertama, sebelum keadaan menjadi lebih buruk pada perlawanan timbal balik apabila kapten Bernardo Silva dilayangkan kad merah seawal minit ke-22 selepas menghalang bola di atas garisan gol, sekali gus menghadiahkan penalti kepada Real Madrid.

Menurut Guardiola, insiden tersebut merencatkan peluang pasukannya untuk bangkit.

“Pemain sentiasa menunjukkan semangat tinggi, tetapi selepas ketinggalan 3-0, kemudian 4-0 dan bermain 10 lawan 11, ia menjadi mustahil,” katanya.

Walaupun kecewa, beliau tetap optimis terhadap masa depan pasukan.

“Masa depan akan cerah dan musim depan kami akan kembali,” tegasnya.

Guardiola turut menyatakan bahawa perlawanan kedua tidak memberikan gambaran sebenar keupayaan pasukannya, terutama selepas terpaksa beraksi dengan kekurangan pemain hampir sepanjang perlawanan.

“Saya mahu perlawanan 180 minit dengan 11 lawan 11. Itu yang saya mahukan,” katanya lagi.

Dalam masa sama, beliau menekankan kepentingan pengalaman bagi skuad yang kini sedang melalui fasa peralihan, dengan beberapa pemain muda baru pertama kali beraksi di pentas tertinggi Eropah.

“Ada ramai pemain baharu. Mereka perlukan masa, tetapi saya nampak banyak perkara positif,” jelasnya.

City kini perlu mengalihkan fokus kepada saingan domestik, termasuk aksi final Piala Liga Inggeris menentang Arsenal hujung minggu ini, selain baki perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Ketika ini, City berada di tangga kedua liga, ketinggalan sembilan mata di belakang Arsenal namun masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Mengulas mengenai masa depannya, Guardiola yang terikat kontrak hingga 2027 berseloroh beliau hanya akan bersara “dalam 10 tahun lagi”, sambil menolak tanggapan bahawa satu gelaran Liga Juara-Juara tidak mencukupi untuk menilai kejayaannya.

“Setiap orang mahu saya dipecat! Saya perlu menang enam Liga Juara-Juara baru diiktiraf,” katanya sambil tersenyum.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

 
 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok