• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Serangan AS-Israel Rosakkan 153 Pusat Perubatan Di Iran
16 March 2026 | 11:03 AM

Serangan AS-Israel Rosakkan 153 Pusat Perubatan Di Iran

TEHRAN, 16 Mac (Bernama-MNA) - Sebanyak 153 kemudahan penjagaan kesihatan di Iran rosak susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel baru-baru ini, umum Kementerian Kesihatan, Rawatan dan Pendidikan Perubatan negara itu, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Antara kemudahan yang rosak, 56 pusat perkhidmatan kesihatan komprehensif membentuk jumlah terbesar.

Selain itu, 25 stesen kesihatan, 18 pusat kesihatan di bandar serta 18 klinik kesihatan komuniti turut mengalami kerosakan dalam insiden berkenaan.

Turut tersenarai dalam kemudahan yang mengalami kerosakan ialah satu pejabat kesihatan, tiga pusat perkhidmatan 24 jam dan tiga pusat pengurusan krisis, selain 29 kemudahan lain.

Antara universiti sains perubatan, Kermanshah University of Medical Sciences mencatat jumlah kerosakan tertinggi dengan 42 kemudahan kesihatan terjejas.

Ia diikuti Isfahan University of Medical Sciences dengan 19 kemudahan kesihatan. Selain itu, masing-masing 10 kemudahan kesihatan dilaporkan rosak di universiti sains perubatan di Hamedan, Ilam, Shahid Beheshti dan Chabahar.

Menurut laporan itu, lapan kemudahan kesihatan rosak di  Ahvaz University of Medical Sciences, enam di Urmia, masing-masing lima di Tehran dan Abadan, serta masing-masing empat di universiti sains perubatan Shiraz dan Lorestan.

Universiti Qom, Iran dan Maragheh masing-masing mencatat tiga kemudahan kesihatan yang rosak; universiti Tabriz, Sarab, Alborz dan Dezful masing-masing dua kemudahan kesihatan; manakala universiti Mashhad, Qazvin dan Behbahan masing-masing satu kemudahan rosak.

Laporan itu turut menyatakan bahawa susulan insiden berkenaan, lawatan ke pusat kesihatan 24 jam turut direkodkan; dalam kalangan kakitangan, 22 individu dibenarkan pulang selepas menerima rawatan perubatan, dua individu dipindahkan ke hospital dan tiga individu terkorban, termasuk seorang dari Shiraz dan dua dari Lorestan.

Sumber: BERNAMA-MNA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok