• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Evakuasi Asia Barat: 179 Rakyat Malaysia Di Qatar Berjaya Dibawa Pulang
12 March 2026 | 10:29 AM

Evakuasi Asia Barat: 179 Rakyat Malaysia Di Qatar Berjaya Dibawa Pulang

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) - Seramai 179 orang lagi rakyat Malaysia telah selamat tiba di tanah air dari Doha, Qatar pada tengah malam ini Khamis (12 Mac) di bawah Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat.

BERNAMA difahamkan rakyat Malaysia ini dibawa pulang menaiki  penerbangan Qatar Airways QR852, penerbangan pertama Doha-Kuala Lumpur, setelah ruang udara ditutup pada 28 Feb, 2026.

Jumlah itu merangkumi 59 rakyat Malaysia yang terkandas serta rakyat Malaysia yang menetap di Qatar yang telah membeli tiket penerbangan sendiri.

Terdapat juga rakyat Filipina, Australia dan lain-lain yang akan mengambil penerbangan sambungan ke negara masing-masing setelah sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Semakan melalui sebuah portal penjejakan penerbangan menunjukkan penerbangan itu selamat tiba di KLIA pada 12.46 tengah malam tadi.

Kerajaan Malaysia telah berjaya melaksanakan operasi evakuasi pertama bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara Asia Barat melalui penerbangan khas Malaysia Airlines.

Penerbangan khas itu telah berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah pada Selasa (10 Mac) dan selamat tiba di KLIA pada Rabu (11 Mac), 12.48 tengah hari.

Dalam satu kenyataan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan seramai 170 orang telah berjaya dibawa pulang melalui operasi pertama itu.

Mereka terdiri daripada rakyat Malaysia yang berada di Jeddah dan Madinah (133 orang), serta sebahagian yang dipindahkan dari beberapa negara di rantau tersebut termasuk Qatar (34 orang), Syria (dua orang) dan Jordan (seorang).

Penerbangan itu turut membawa lima orang warganegara Thailand, seorang warganegara Indonesia dan seorang warganegara Maghribi yang merupakan ahli keluarga kepada rakyat Malaysia yang terlibat.

Operasi evakuasi ini telah diselaraskan oleh MKN, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri serta Perwakilan-Perwakilan Malaysia di Jeddah, Doha dan Amman.

Perwakilan-Perwakilan Malaysia di lapangan telah membantu menyelaras pergerakan rakyat Malaysia yang terjejas, termasuk pemindahan melalui laluan darat dari beberapa lokasi di rantau tersebut ke lapangan terbang bagi membolehkan mereka menyertai penerbangan pulang ke tanah air.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok