• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

PSG Benam Chelsea 5-2, Kesilapan Jorgensen Undang Padah
12 March 2026 | 10:11 AM

PSG Benam Chelsea 5-2, Kesilapan Jorgensen Undang Padah

PARIS – Juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) berada di landasan kukuh untuk mara ke suku akhir UEFA Champions League selepas menewaskan Chelsea FC 5-2 pada aksi pertama pusingan 16 terakhir di Parc des Princes awal pagi tadi.

Kemenangan besar itu dipacu kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen, selain dua jaringan lewat daripada Khvicha Kvaratskhelia yang memastikan kelebihan besar buat kelab Perancis tersebut menjelang aksi timbal balik minggu depan.

Chelsea sebenarnya memberi tentangan sengit pada awal perlawanan dan dua kali bangkit menyamakan kedudukan dalam tempoh sejam pertama. PSG terlebih dahulu di hadapan menerusi Bradley Barcola sebelum gol tersebut dipadamkan oleh Malo Gusto.

Tuan rumah kemudian kembali mendahului menerusi jaringan menarik Ousmane Dembele sebelum rehat, namun Enzo Fernandez memastikan kedudukan kembali seimbang 2-2 selepas separuh masa.

Perlawanan berubah arah pada minit ke-74 apabila kesilapan hantaran Jorgensen dipintas, membuka ruang kepada Vitinha untuk menjaringkan gol ketiga PSG menerusi lambungan cantik.

PSG terus menekan di penghujung permainan apabila pemain gantian Kvaratskhelia menjaringkan gol keempat empat minit sebelum tamat masa sebenar, sebelum menambah satu lagi gol pada masa kecederaan untuk melengkapkan kemenangan 5-2.

Keputusan itu memberi kelebihan besar kepada skuad kendalian Luis Enrique menjelang aksi timbal balik di Stamford Bridge Selasa depan.

Kemenangan tersebut juga menjadi peluang buat PSG membalas kekalahan kepada Chelsea selepas kelab London itu menewaskan mereka 3-0 dalam final FIFA Club World Cup pada Julai lalu.

Chelsea kini berada di bawah pengendalian pengurus baharu, Liam Rosenior, yang menggantikan Enzo Maresca pada Januari lalu. Rosenior sebelum ini membina reputasi baik di Perancis bersama RC Strasbourg Alsace.

Walaupun menunjukkan permulaan positif sejak mengambil alih pasukan, tugas Rosenior untuk membawa Chelsea mara dalam saingan Eropah kini semakin sukar selepas kekalahan besar di Paris.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok