• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Rakyat Malaysia Di Tanah Air, Timur Tengah Titip Doa Di Threads Susulan Situasi Serantau
01 March 2026 | 12:43 PM

Rakyat Malaysia Di Tanah Air, Timur Tengah Titip Doa Di Threads Susulan Situasi Serantau

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) - Rakyat Malaysia di tanah air menzahirkan doa buat warganegara Malaysia di Timur Tengah menerusi platform Threads susulan peningkatan serangan udara dan ketegangan di rantau itu pada Sabtu.

Pengguna Threads addyyyy dalam hantarannya mengingatkan rakyat Malaysia untuk kekal selamat, mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu dan “terus memaklumkan Malaysia mengenai situasi di sana”.

“Kepada semua rakyat Malaysia di Timur Tengah, ketahuilah bahawa kami di tanah air mendoakan keselamatan anda. Anda sentiasa dalam ingatan dan doa kami,” katanya.

Seorang lagi pengguna Threads, jmhaffiz dalam hantarannya berkata: “Semoga Allah melindungi rakyat Malaysia di Timur Tengah.”

Pengguna lain, farah_azhar berkata rakyat Malaysia di Timur Tengah supaya kekal selamat.

“Kami doakan keselamatan anda,” tambahnya.

Pengguna Threads, fakhiraali berkata penerbangan pulang dari Madinah ke Kuala Lumpur telah dibatalkan susulan krisis di Timur Tengah.

“Sesiapa yang membaca hantaran ini, mohon doakan kami. Berharap dapat pulang secepat mungkin,” menurut beliau di Threads.

Pengguna e.f.k_thurs pula memuat naik hantaran, kekal selamat kepada semua rakyat Malaysia di Timur Tengah termasuk saya sendiri.

“Saya berharap semua rakan sekerja yang tidak dapat menaiki penerbangan dan mereka yang sepatutnya kembali ke Doha tetapi penerbangan dilencongkan, akan selamat di mana jua anda berada,” katanya.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Israel menyerang beberapa bandar di Iran termasuk Tehran, Isfahan dan Qom. Iran bertindak balas dengan menyerang kepentingan Amerika Syarikat di beberapa negara di Timur Tengah.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok