• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Keputusan Rayuan Tujuh Pemain Warisan Harimau Malaya Dijangka Diketahui Minggu Depan
27 February 2026 | 10:38 AM

Keputusan Rayuan Tujuh Pemain Warisan Harimau Malaya Dijangka Diketahui Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Keputusan rayuan membabitkan tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dijangka hanya akan diketahui minggu depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai CAS, Vanessa, menerusi e-mel selepas sesi pendengaran kes berlangsung semalam. Menurut beliau, panel hakim memerlukan masa untuk bermesyuarat dan meneliti hujahan sebelum membuat keputusan muktamad.

“Susulan sesi pendengaran hari ini, panel akan mengambil masa untuk bermesyuarat dan membuat pertimbangan. Saya tidak dapat memberikan tempoh masa yang tepat bagi keputusan itu, namun keputusan (tanpa alasan penghakiman) dijangka akan dikeluarkan minggu depan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa memandangkan kes ini berprofil tinggi, satu kenyataan media akan dikeluarkan sebaik keputusan diumumkan. Penjelasan penuh penghakiman pula akan diberikan kepada pihak terlibat selepas itu. Jika tiada permohonan kerahsiaan dibuat, keputusan berkenaan akan dimuat naik di laman rasmi CAS.

Pendengaran semalam membabitkan rayuan yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain warisan susulan kes pemalsuan dokumen.

Berdasarkan senarai pendengaran di laman CAS, tujuh pemain yang terlibat ialah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Pada September lalu, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjatuhkan denda sebanyak CHF 350,000 (kira-kira RM1.8 juta) terhadap FAM. Dalam keputusan sama, setiap pemain dikenakan denda CHF 2,000 (sekitar RM10,650) serta penggantungan selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.

FAM dan pemain terbabit kemudiannya mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA. Namun pada November, rayuan itu ditolak dan hukuman asal dikekalkan.

Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, FAM membawa kes berkenaan ke CAS. Pada Januari lalu, CAS memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penggantungan 12 bulan ke atas tujuh pemain berkenaan sementara menunggu keputusan penuh rayuan, sekali gus membolehkan mereka kembali beraksi bersama kelab masing-masing.

Keputusan minggu depan bakal menjadi penentu masa depan tujuh pemain warisan itu serta memberi implikasi besar terhadap perancangan skuad kebangsaan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok