• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.8 Gegar Perairan Sabah, Tiada Ancaman Tsunami
23 February 2026 | 11:05 AM

Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.8 Gegar Perairan Sabah, Tiada Ancaman Tsunami

KOTA KINABALU, 23 Feb (Bernama) - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda perairan Sabah pada 12.57 tengah malam tadi namun tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan pusat gempa itu terletak pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur, dengan kedalaman 678 kilometer (km).

"Pusat gempa bumi tersebut berada pada jarak 49 km ke Barat dari Kudat, Sabah.

"Gegaran dirasai di Sabah serta beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia," menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan itu dari semasa ke semasa.

Jabatan itu juga memohon orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan supaya menyalurkan maklumat dengan mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/bRkJBUqLEPAf8KVw9.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah ketika dihubungi Bernama mengesahkan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan susulan kejadian gempa tersebut.

"Dimaklumkan bahawa setakat ini, tiada sebarang panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi diterima.

"Semua balai sedang melaksanakan rondaan dan pemantauan di kawasan jagaan masing-masing bagi memastikan keselamatan orang awam serta keadaan persekitaran berada dalam keadaan selamat dan terkawal," katanya.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok