• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ratcliffe Pertahan Keputusan ‘Tidak Popular’, Dakwa Perubahan di Man United Mula Tunjuk Hasil
12 February 2026 | 11:50 AM

Ratcliffe Pertahan Keputusan ‘Tidak Popular’, Dakwa Perubahan di Man United Mula Tunjuk Hasil

LONDON – Pemilik bersama Manchester United, Sir Jim Ratcliffe, mempertahankan beberapa keputusan sukar yang dibuatnya sejak mengambil alih pegangan dalam kelab itu, sambil menegaskan perubahan berkenaan kini mula menunjukkan hasil positif.

Ahli perniagaan Britain yang juga pengasas gergasi kimia INEOS itu mengakui langkah penstrukturan semula yang dilaksanakannya, termasuk pemberhentian kakitangan di Old Trafford dan rombakan dalam struktur bola sepak menyebabkan beliau kurang disenangi dalam kalangan penyokong.

Sepanjang dua tahun pentadbirannya, Ratcliffe turut memecat dua pengurus, Erik ten Hag dan Ruben Amorim, susulan kegagalan mereka memberikan impak seperti diharapkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Keputusan-keputusan tersebut, ditambah dengan prestasi tidak konsisten pasukan, menyaksikan beliau dan keluarga Glazer menjadi sasaran kritikan serta protes penyokong musim ini.

Namun situasi di atas padang mula berubah. Pengurus sementara Michael Carrick berjaya memimpin kebangkitan kecil dengan empat kemenangan dan satu keputusan seri, sekali gus menghidupkan semula peluang United untuk bersaing merebut tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Dalam temu bual bersama Sky News, Ratcliffe menegaskan bahawa kepimpinan menuntut keberanian untuk membuat keputusan yang sukar, walaupun ia tidak popular.

“Kadang-kadang dalam kelab bola sepak ini, anda perlu melakukan perkara yang sukar. Jika ia keputusan yang betul untuk jangka panjang Manchester United, maka ia perlu dibuat walaupun anda akan menjadi tidak popular buat sementara waktu,” katanya.

Beliau mengakui dirinya kini bukan figura yang disenangi di Old Trafford, namun percaya langkah-langkah yang diambil adalah demi kestabilan dan masa depan kelab.

“Saya memang tidak popular kerana kami melakukan banyak perubahan. Tetapi bagi saya, semuanya demi kebaikan. Kini sudah mula kelihatan bukti bahawa perubahan ini membuahkan hasil,” tambahnya.

Dengan prestasi pasukan yang semakin menunjukkan peningkatan, tekanan terhadap Ratcliffe mungkin sedikit reda – namun hala tuju jangka panjang United masih menjadi perhatian utama penyokong dan pemerhati bola sepak.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok